10

2.3K 73 0
                                    

Suasana hening menemani mereka semua sepanjang mereka makan. Tiada seorang pun yang bersuara. Syafiq, Hudzaifah, Syed Amirul, dan Nabila masing-masing memandang sesama sendiri. 

Nafidz hanya pandang Dhia sepanjang berada di meja makan itu. Dhia pula masih khusyuk makan dimsum sambil matanya fokus pada telefonnya.

Rasa kekok menyelubungi mereka semua, nak bercakap macam tak kena dengan situasi antara Nafidz dan Dhia. 

"Ehem ehem ehemmm," Syafiq berdehem ingin hilangkan rasa kekok di meja mereka.

"Kau kenapa?" tanya Hudzaifah. Brrkerut dahinya melihat perbuatan Syafiq tadi.

"Aku tak bolehla senyap macam ni, ni kalau kentut pun bunyi boleh kuat macam bom tau," bisik Syafiq perlahan.

"Weh nak sendawa pun susah ni, dari tadi aku tahan belahak ni," Syed Amirul masuk perbualan mereka.

"Nab, kau okay tak?" Hudzaifah tanya. 

"Rasa nak ketuk kepala dekat meja, semua senyap ni kenapa?" Nabila menjawab. Chopstick ditangannya, ditekan-tekan akibat geram.

Stress dia, nak makan tapi semua senyap, dua ketul ni pula seorang pandang orang sebelah dia, seorang lagi main phone tu sambil makan.

Dhia perasan yang Nafidz asyik pandang dia, jadi dia hanya tundukkan kepala, makan sambil tengok telefon seperti yang selalu dia lakukan.

Malas dia nak bertegur dengan lelaki itu.

Tak lama selepas semua sudah habis makan, pantas Dhia bangun menuju ke kaunter untuk bayar. Nafidz pun laju mengikut langkah gadis itu ke kaunter.

Belum sempat Dhia hulurkan kad banknya, Nafidz sudah terlebih dahulu berikan black cardnya ke kaunter.

Dhia hanya menjeling Nafidz, kemudian dia keluar dari restoran itu, dan menuju ke BookXcess. Dia hanya whatsapp Nabila bagitahu dia ke kedai itu.

Sorrylah Nab kena tinggal situ sorang, Dhia nak lari dari si serigala jadian iaitu Nafidz.

"Eh budak kecil ni sedap dia je tinggal aku hishh" rungut Nabila.

"Kenapa Nab?" tanya Hudzaifah.

"Ni budak kecil si Dhia ni, pergi BookXcess pula, aku terkutil dia tinggal sini, nak kena rembat ni."

Terkumat-kamit mulut itu membebel.

Hudzaifah, Syafiq, dan Syed Amirul gelak dengar Nabila yang merungut dengan Dhia. Member nak lari dari hantu galah, kawan kena tinggal. 

"Jom ikut kitorang, ke nak kitorang teman kau pergi sana?" Hudzaifah pelawa. Nabila setuju untuk mereka teman dia ke BookXcess, lagipun Nafidz tu pun ikut juga si Dhia pergi BookXcess.

Sambil ralit Dhia meneliti novel-novel yang ada, tanpa dia sedar Nafidz masih bersama dia di belakang. Dah masuk kedai buku mana dia kesah dah apa jadi sekeliling, bahagia sangat masuk kedai buku.

"Haa, jumpa pun!"

"Ish, dengki betullah dorang ni letak buku tinggi-tinggi, siapa sangat yang rajin nak ambil buku tinggi-tinggi," Dhia merungut.

Dia menjengketkan kakinya untuk novel yang ada di rak atas, kemudian dia melompat sikit untuk ambil novel itu.

"Ya Allahh, ada dendam apalaa orang BookXcess ni letak tinggi-tinggii, aaa nak novel tuu," Dhia Delisha merungut sendirian. 

Nafidz yang ada di belakangnya hanya menahan tawa. Geli hati dia tengok perangai Dhia ni. Dah tahu pendek tak reti minta tolong orang.

"Tangga kecil pun tak reti nak letak kee dekat sinii, tak fikir ke kalau ada orang pendek macam aku ni nak ambil buku." 

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now