14

2K 69 0
                                    

Keluar saja dari kereta, ibu Tengku Nafidz terus berlari memeluk Dhia Delisha, belakang badannya diusap. Dhia Delisha yang cuba menahan tangisannya terus pecah bila dalam dakapan ibu Tengku Nafidz.

Adik Tengku Nafidz juga menghampiri kedua-dua insan itu. Dia mengusap belakang badan Dhia Delisha, cuba tenangkan gadis itu. Tengku Nafidz tersenyum melihat ibunya yang peluk gadis idamannya.

"Jangan risau ya Dhia, In Syaa Allah ada petunjuk nanti, mari masuk rumah mama ya sayang" ibu Tengku Nafidz tarik tangan Dhia Delisha. 

Dia hanya ikut saja. Tengku Nawra memeluk bahu Dhia Delisha sambil masuk ke dalam rumah. Dia sudah tahu inilah gadis idaman abangnya.

Tengku Nawra hantar Dhia Delisha ke bilik yang sudah disediakan. Dia baringkan gadis itu, bahu gadis itu diusap cuba untuk tenangkannya. Air mata Dhia Delisha tak berhenti sejak sampai. Rasa kasihan dia melihat gadis itu.

"Fidz, kesian betul mama tengok. Macam mana tu nak cari mak dia?" tanya Puan Isabella kepada anak terunanya. Tengku Nafidz lepaskan sedikit keluhan.

"Fidz dah contact Is, polis manjung pun dah mulakan siasatan nak cari mama Dhia." ibu Tengku Nafidz menganggukkan kepala. 

"Yelah, mama harap dapat jumpa, mama naik kejap tau nak jumpa dia" Puan Isabella pergi ke bilik Dhia Delisha.

"Dhia sayang" 

Puan Isabella mengusap bahu Dhia Delisha, gadis itu masih nangis. Habis mukanya sembap, mata merah. Puan Isabella terus saja peluk tubuh gadis itu lagi. Kesian betul dia tengok Dhia Delisha.

"Ma..mama, Dhia nak mama" pecah lagi tangisan Dhia Delisha. Puan Isabella eratkan lagi pelukannya. 

"Sabar ya sayang, In Syaa Allah, Allah tolong ya sayang" ujar Puan Isabella.

"Dhia rehat ya sayang, Nawra temankan Dhia dalam bilik ni, nanti kita makan ya" dia usap kepala Dhia Delisha. 

Tengku Nawra sudah duduk di sebelah Dhia Delisha. Dia baringkan Dhia Delisha kembali. Tak lama kemudian, Dhia Delisha tidur gara-gara penat menangis.

"Mama, kesian Dhia tu Nawra tengok" Nawra kata kepada ibunya yang ada di dapur, sedang siapkan makanan. 

"Tula, tak sampai hati mama tengok dia"

Petang itu, Puan Isabella naik ke atas untuk kejutkan Dhia Delisha. "Dhia sayang, bangun mari makan nak" 

Dhia Delisha terjaga dari tidurnya, nah kau sembap mata lepas nangis. Mereka berdua turun menuju dapur. 

Di dapur semua sudah duduk menanti Dhia Delisha untuk makan bersama. Ada ayah, abang, Tengku Nafidz, dan adiknya juga ada.

"Meh, duduk sini sebelah mama" Puan Isabella dudukkan Dhia disebelahnya. 

Dhia Delisha hanya ikut, dia betul-betul rindukan mamanya, bila Puan Isabella buat macam tu.

"Dhia makan ya, dari siang tadi tak makan" Tengku Sayf, ayah Tengku Nafidz berkata. 

Dhia Delisha pandang lelaki tua itu dan senyum kecil, kemudian dia mengangguk. Puan Isabella letakkan nasi, dan ayam masak merah di pinggan Dhia Delisha. Termenung Dhia seketika lihat lauk itu.

Lauk kegemarannya, dan mamanya selalu masak untuk dia setiap kali dia balik. Tanpa dia sedar, jatuh air matanya sedikit demi sedikit. 

"Eh Dhia, kenapa ni, takmau nangis, makan sayang, ni mama dah siapkan" Puan Isabella usap bahu gadis itu.

Dhia Delisha teruskan makan sambil lap air matanya. Tengku Nafidz asyik melihat Dhia Delisha sepanjang mereka makan.

"Dhiaa, sini duduk sebelah mama" Dhia Delisha yang ada di dapur terus pergi ke Puan Isabella selepas basuh pinggan. 

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now