Sekarang Dhia sedang menjalani pantang. Puan Isabella bertegas suruh dia berpantang.
"Walaupun dah hampir 2 bulan dah gugur pun, Dhia tetap kena pantang" tegas suara Puan Isabella berpesan di hari pertama Dhia berpantang.
Tengku Nafidz hanya senyum saja melihat wajah cemberut Dhia.
Sesekali Dhia akan pandang muka suaminya dengan riak muka meminta tolong.
"Sayang kenalah pantang, untuk kesihatan sayang juga" dahi Dhia dicium.
"Tapi...Dhia nak ice cream, dah lama tak makan mcflurry" Dhia mencebik.
Nafidz ketawa kecil.
"Pantang lepas gugur tak lama macam pantang bersalin, jadi sayang sabar la kejap ya, habis pantang abang beli okay"
Dhia pandang muka suaminya dengan puppy eyesnya.
"Kenapa comel sangat ni baeee. geramlahhh" pipi Dhia, Nafidz cekup erat.
"Abang janji tau"
"Iye sayang." Nafidz peluk bahu Dhia. Sesekali dia usap.
"Dhia baring, ni Mak Mah nak urut badan Dhia" Puan Isabella masuk ke dalam bilik tidur mereka.
"Huh? Sakit ma" Dhia mencebik.
"Takda lah, urut ni elok untuk kuatkan rahim kamu balik, baring ya sayang"
Selepas salin pakaian, Dhia kini pakai kain batik untuk mengurut.
Bergerak-gerak halkum Nafidz bila lihat Dhia pakai kain batik.
"Errr...Nafidz keluar dulu" laju saja Nafidz beredar dari situ.
Puan Isabella yang tahu dengan perlakuan anak lelakinya itu sembunyi senyum.
Sepanjang Dhia diurut, bergema suara Dhia menjerit, Dhia tak pernah berurut sebelum ni jadi badan dia terkejut mungkin hahaha.
"Ini makanan untuk Dhia mama letak sini, nanti Dhia makan tau lepas habis mandi"
"Okay mama, terima kasih" Dhia senyum.
"Sama-sama sayang"
Puan Isabella turun bersama Mak Mah. Di ruang tamu hanya ada Tengku Sayf dan Nafidz.
"Kuat suara anak awak menjerit, sampai ke bawah boleh dengar" Tengku Sayf bergurau.
Puan Isabella dan Tengku Nafidz gelak saja.
"Dhia tak pernah berurut, itu yang sakit tu, biasala first time" Puan Isabella menjawab.
"Esok kamu masuk kerja macam biasa kan Fidz?" Puan Isabella bertanya.
"Ya mama, mana nak cutinya"
"Takdaa, esok keluarga Dhia nak datang"
Terus berubah muka Nafidz. Macam mana dia nak pergi kerja kalau keluarga Dhia nak datang.
Kalau apa-apa jadi mahu melayang pasu bunga dekat dalam rumah ni nanti.
"Mama dengan papa tengokkan Dhia ya, apa-apa bagitahu Fidz" Nafidz bersuara risau.
"Jangan risau pandailah papa dengan mama kamu nak jaga Dhia esok" Tengku Sayf bersuara.
Nafidz mengangguk, kemudian dia bangkit dari duduk menuju biliknya.
"Aik, cepatnya nak naik" seloroh Puan Isabella.
"Yelah ma, tinggal bini lama dekat atas tu" Nafidz menjawab sambil ketawa.
Sampai saja di dalam bilik, Dhia sedang makan makanan yang disedikan oleh ibunya.
Nampakla muka terpaksa Dhia makan makanan pantang. Nafidz mendekati Dhia, pinggang gadis itu dipeluk.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...