Selesai saja Dhia dan Nabila ke tandas mereka kembali ke tempat duduk mereka.
Dhia perasan di bahagian askar, ada beberapa mata sedang memerhati mereka tapi diabaikan saja. Mereka kembali fokus dengar talk yang sedang diberikan.
Sepanjang taklimat ko-q, Dhia Delisha tekun mendengar kedua-dua talk yang diberikan.
Nabila di sebelahnya sekejap dengar, sekejap main phone, biasalah susah nak khusyuk bila cakap benda serious macam taklimat ni.
Sepanjang talk yang diberikan kepada semua pelajar, mata amber milik Nafidz tidak lekang dari melihat sosok seorang gadis kecil di kerusi bahagian belakang itu.
Tanpa dia sedar, terukir senyuman di bibirnya dan itu membuatkan tiga rakannya terkejut melihat perbuatannya itu.
Jarang weh nak tengok seketul Tengku Nafidz nak senyum macam tu.
Habis sahaja talk ko-q, para pelajar mula beratur untuk mendaftarkan diri mengikut pilihan masing-masing.
Ada yang pilih kawad, ada yang pilih wataniah. Di Kpm Beranang ni, ada dua sahaja unit uniform yang boleh disertai, kawad dan wataniah, pilihlah salah satu.
Majoriti pilih kawad memandangkan kawad tak banyak aktiviti. Hanya belajar kawad, dan kawad di akhir semester 2 untuk lulus ko-q.
Berbeza dengan wataniah yang mengambil masa dari sem 1 hingga sem 4 untuk lulus ko-q.
Nabila menarik lengan Dhia Delisha ke arah meja daftar wataniah, tetapi Dhia menghentikan langkahnya.
"Kau kenapa, jomlah daftar" ujar Nabila kepada Dhia. Dahinya berkerut melihat Dhia yang tiba-tiba berhenti.
"Taknak la, aku dah la kecil, macam mana nak buat semua aktiviti nanti" Dhia cuba mengelak dari daftar wataniah.
Dia tak minat sangat dengan aktiviti lasak memandangkan tubuhnya yang kecil. Di kolej itu pun satu-satunya sukan yang dia sertai hanyalah kelab chess.
Dan Dhia wakil kolej itu dalam permainan chess. Senang, duduk je sepanjang perlawanan.
"Alaa, dapat elaun la, at least banyak juga aktiviti dari asyik kawad je, ni ada juga duduk dalam dewan dengar talk ke apa" Nabila cuba meyakinkan Dhia untuk turut serta unit itu.
"Aku kecil Nab, pendek ha, macam mana nak join, kau ni agak-agakla, askar semua tinggi" Dhia mula bengang dengan rakannya.
Dia merasa yang memang dia tak boleh join wataniah dengan fizikalnya yang kecil itu.
"Siapa kata tak boleh, sesiapa je boleh daftar, ini untuk ko-q korang" satu suara kedengaran di belakang Dhia Delisha, membuatkan Dhia terkejut.
Terus Dhia dan Nabila pusing menghadap jejaka tinggi lampai itu. Mata amber yang tajam, badan yang tegap dan tinggi itu dipandang.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...