"Kau jangan ingat aku dah habis eh dengan kau. Kau tunggulah nanti" Erdina sepak kaki Dhia.
"Bodoh punya perempuan!" tempik Nabila. Dia tak sempat nak sambut rakannya kerana dia juga hilang pertimbangan badan tadi.
"Dhia boleh bangun tak?" tanya Nabila risau.
"Kejap, tangan aku sakit" adu Dhia perlahan.
Nabila papah Dhia untuk bangun, dia telefon Hudzaifah memberitahu apa yang terjadi.
Tak lama kemudian, Alif dan Faiq tiba dengan Perodua X70 warna hitam untuk menjemput Dhia dan Nabila.
Kereta Dhia pula, Faiq bawa ke kem mereka.
"Kita pergi klinik dulu ya puan" kata Alif.
"Eh tak payah, sikit je ni"
"Sikit apanya kalau dah pedih ngilu, takda, kita pergi klinik, check anak kau sekali" bantah Nabila.
Terus Dhia pegang perutnya.
"Allah, anak aku" gumam Dhia perlahan.
Di klinik, syukur saja kandungan Dhia tidak apa-apa, baik saja. Tangan Dhia yang terseliuh sudah dirawat dan dibalut.
"Hello, ya along" Dhia menjawab panggilan Tengku Nufail.
"Takpa, Dhia boleh masuk kerja ni" jawab Dhia.
"No, along risau, Dhia jatuh kan, dah nanti Nafidz hantar balik okay, rest" arah Nufail.
Dhia hanya menurut.
"Eii tunggulah nanti aku jumpa budak tu, aku tarik-tarik rambut dia biar sampai cabut, biar tinggal kelemumur je" rungut Nabila.
"Dah la Nab, nanti cepat tua kalau marah-marah" Dhia melawak.
"Sempat lagi kau kan, kalau jadi apa-apa dekat kau, dekat kandungan kau macam mana? Nak tengok je? Aku nak tengok je kau kena apa-apa?" Nabila membebel.
Sepanjang perjalanan ke kem, tak henti mulut Nabila mengomel. Alif sudah pandang wajah Dhia minta bantuan.
Dhia hanya menggeleng dan senyum. Kalau dah Nabila Rahim mula membebel, alamatnya sampai ke esok la.
"Bae, bebe okay ke? Sakit dekat mana? Baby okay?" bertalu-talu Nafidz menyoal.
Badan Dhia dibelek kiri kanan. Nak gugur jantungnya dengar dari Hudzaifah tentang Erdina serang Dhia tadi.
"Dhia okay, baby pun okay, tangan je terseliuh sikit" Dhia menunjukkan pergelangan tangan dia yang berbalut.
"Perempuan tu nak mati dengan aku agaknya" gumam Nafidz.
"Dahla abang, Dhia tak apa-apa" Dhia memujuk.
Bukan boleh kalau Nafidz dah mengamuk, sia-sia nyawa melayang.
"Dia sentuh sayang lagi nanti, memang abang benam dia tujuh kaki ke bawah" Nafidz bersuara geram.
"Kau nak buat apa lepasni? Perempuan tu mesti takkan duduk diam punya" tanya Hudzaifah.
"Haah bro, kalau dia berani serang Dhia sekarang, tak mustahil dia akan serang lagi" Syed Amirul menyokong.
Nafidz diam seketika, dia pimpin Dhia duduk di kerusi pejabatnya.
Sekarang mereka semua ada di dalam pejabat Nafidz.
"A warming reminder would be a good start" Nafidz senyum sinis.
Hudzaifah, Syafiq, dan Syed Amirul sudah boleh agak apa yang akan sahabat mereka lakukan
"Jom sayang, abang hantar balik, sayang half day je harini" Nafidz pimpin Dhia keluar pejabat.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...