Tergamam Mejar Rahman bila dia dengar nama code name itu. Bekas askar yang bukan calang-calang orangnya.
"Siapa dia tuan?" Hudzaifah bertanya.
"Taran, he's one of our best soldier back then. If now kita ada Fenrir, dulu kita ada Taran, setiap musuh yang dia serang semuanya dia dapat kalahkan. Tapi..." Mejar Rahman diam seketika sebelum dia sambung bicara.
"...dia selalu rasa apa yang dia buat untuk negara, balasan yang dia dapat tak setimpal dengan apa yang dia buat. Jadi, dia pernah bekerjasama secara senyap dengan Pakistan untuk bantu pihak Pakistan dalam perebutan Kashmir dengan India"
"Kita dapat kesan tindakan dia bila RAW hubungi kita minta bantuan dan kerjasama. Jadi lepas saja kita dapat tangkap dia, terus mahkamah tentera putuskan untuk discharge dia dengan dishonorable discharge"
Masing-masing diam mendengar cerita Mejar Rahman.
"Apa yang kita nak buat sekarang?" Syafiq bertanya.
Setelah lama Nafidz diam, dia bangun dari duduknya dan menuju ke skrin besar di hadapan. Dia menongkat tubuhya dengan tangan di meja mesyuarat itu.
"Taran, Scorpion the same person" dingin suara Nafidz sekarang. Matanya kosong menatap semua dokumen yang ada di atas meja itu.
"Kita kena approach dia dengan method lain memandangkan dia tahu SOP kita. Dia licik sebab dia dah berpuluh langkah ke depan dari kita."
Nafidz angkat mukanya pandang wajah Jee Yeon.
"Kau datang sini untuk dapatkan balik cip tu kan?" tanya Nafidz kepada Jee Yeon.
Jee Yeon angguk kecil.
"Okay, aku nak bantuan kerjasama dari KCIA and RAW" dingin suara itu.
"Tunggu Nafidz, bukan senang-senang macam tu kita nak arah mereka semua, dorang ada SOP dorang" Mejar Rahman cuba menghalang.
"Sama ada dorang bekerjasama dengan kita yang dipandang remeh ni kononnya, atau bantu kita untuk hapuskan manusia bangsat tu" tajam mata amber itu memandang atasannya.
Mejar Rahman mengeluh kecil.
"Tuan saya setuju dengan Nafidz, ini je caranya yang kita ada sekarang. Benda ni bukan saja libatkan keselamatan negara tapi kedaulatan negara. Saya tak sanggup nak biarkan negara luar anggap kita remeh, pandang rendah dekat kita" tegas suara Hudzaifah.
"Betul tuan, negara kita tak kalah hebat dalam pertempuran" Syed Amirul menyokong.
"Saya akan suarakan benda ni pada semua pihak, Nafidz teruskan strategi"
Nafidz mengangguk. Kini mereka semua sedang menyusun strategi untuk tangkap Taran ataupun Scorpion yang menjadi ketua pengganas yang terlibat dalam misi kali ini.
Dhia masih setia duduk di dalam bilik itu, dia ingin bersuara tapi dia hanya tanamkan saja niatnya.
Rantai di lehernya sesekali dia usap di sebalik shawl yang menutupi kepalanya.
Jee Yeon kemudian menghampiri Dhia sambil dia labuhkan duduk di hadapan Dhia.
"Jee Yeon-ah" sayu suara Dhia menyebut nama lelaki itu.
Jee Yeon hanya pamerkan senyuman kecil kemudian menggelengkan kepalanya sedikit.
"Don't worry, semua benda ni akan habis tak lama lagi" Jee Yeon meyakinkan Dhia.
"You wouldn't die aren't you?" soalan Dhia itu buatkan Jee Yeo ketawa.
"Don't worry about me, this is my job remember" Dhia tundukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...