Habis bersepah di dalam bilik tidur itu. Barang solek semua sudah dicampak.
Erdina peluk kakinya di atas katil. Dia gigit kuku memikirkan apa yang perlu dia buat.
"Aku kena buat sesuatu, aku kena hancurkan hidup Dhia" gumam dia seorang diri.
Rasa marah, benci, dendam sudah tersemat di dalam hati.
"Dina, ni makan" Rafidah memberi roti kepada anaknya.
Erdina tepis kuat roti tu.
"Dina, ini je yang kita mampu!" marah Rafidah.
"Mummy diamlah!" tempik Erdina.
Rafidah mengeluh perlahan. Dia duduk di sebelah anaknya.
Kini mereka berdua tinggal di rumah lama milik Rafidah dulu, sebelum dia kahwin dengan Tan Sri Roslan.
"Kita dah takda apa Dina, hidup kita dah tak macam dulu" Rafidah merintih.
"Mummy boleh diam tak? Kalau takda benda baik nak cakap baik diam" marah Erdina.
Dia ligat berfikir apa yang dia nak buat. Hidup dia betul-betul tak tenang sekarang.
"Kita kena buat sesuatu mummy, kita kena balas balik apa yang Dhia dah buat" penuh dendam Erdina bersuara.
Matanya memang menunjukkan dendam di dalam hatinya.
"Nak buat apa?" tanya Rafidah.
Erdina senyum sinis sambil pandang wajah ibunya.
Usia kandungan Dhia sudah masuk hampir lapan bulan, kini dia hanya berehat di rumah. Dhia ralit membaca novel di bilik bacaan yang disediakan Nafidz di rumah itu.
Nafidz pula sedang menjalankan misi sudah hampir seminggu dia pergi. Menangis Dhia bila Nafidz khabarkan hal itu.
Setiap kali Nafidz pergi, pasti ada saja yang berlaku, jadi Dhia rasa takut.
Pada awalnya Nafidz nak hantar Dhia ke rumah keluarganya, tapi Dhia tidak mahu.
Dhia ingin meluangkan masa di rumah mereka.
Nafidz sudah titipkan pesanan pada Nawra dan Nabila untuk jagakan Dhia.
Jadi Nabila terus datang menginap di rumah mereka berdua sehingga Nafidz pulang.
"Yo fren!" laung Nabila.
Masuk saja geleng kepala dia melihat sahabatnya.
Dhia kalau dah dapat tiga benda kesukaannya memang dia tak pandang kiri kanan.
Membaca, gaming, dan bermain alat muzik.
Gadis itu akan leka hanyut di dalam dunianya kalau dah buat tiga perkara itu.
"Dhia" Nabila pegang bahu Dhia perlahan.
Dhia menggumam sebagai jawapan. Nabila duduk di sebelah Dhia.
"Kau ada mengidam apa-apa tak?" tanya Nabila.
Berkerut kening Dhia.
"Tiba-tiba?" tanya Dhia kembali.
Nabila mengangguk, "yela apa-apa kau mengidam, aku nak carikan"
"Ummm, aku teringin nak makan pelam, lama tak makan" perutnya yang sudah membulat itu diusap.
Nabila senyum.
"Okay, aku carikan"
"Takpe ke, tak susahkan?" tanya Dhia.
"Takpelaa, kau kawan aku, bestie aku, aku kan godmother anak kau" Nabila ketawa dengan Dhia.
"Nanti Nawra datang temankan kau time aku keluar cari pelam" kata Nabila.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...