"Hud! On 3, 2, 1! Move move! Move!"
Bang !
Bang !
Bang !
Pasukan itu berbalas tembakan dengan pengganas yang telah lama mereka jejaki. Nafidz sebagai ketua pasukan dalam misi mereka.
Beberapa das tembakan dilepaskan lagi bagi membalas serangan.
"Fidz dekat dalam ada 30 tebusan," Syafiq bersuara di earpiece miliknya.
"Syed! Come in!" arah Nafidz melalui earpiece-nya. Syed Amirul bergegas mengambil posisi yang ditetapkan.
"Here."
"Masuk, in silence, yang lain cover and kepung tempat ni,"
Syed Amirul cekap menyusup masuk ke dalam bangunan yang ditempatkan semua 30 tebusan itu. Nafidz dan Hudzaifah pula sudah mengisyaratkan yang lain ambil tempat masing-masing dengan isyarat tangan.
Syafiq yang sudah berjaya masuk ke dalam terlebih dahulu sedang mengambil tempat yang tinggi, di bahagian bumbung memandangkan dia cekap menggunakn sniper rifle.
Syed Amirul sudah berjaya menyusup masuk melalui terowong kecil di bahagian belakang bangunan.
"Fenrir, I'm in," Syed memberitahu pada ketuanya. Nafidz mengangguk berpuas hati dengan rakannya.
Nafidz mula memberi arahan pada anak buahnya yang ada padanya menggunakan isyarat tangan, manakala Hudzaifah melakukan perkara yang sama pada anak buah yang ada padanya. Mereka pecah dua bagi kepung tempat itu.
Kemudian, Nafidz arahkan salah seorang dari anak buahnya menggunakan senjata khas untuk tembak musuh di sebalik dinding.
Dengan itu dua orang pengganas berjaya di tumbangkan di sebalik dinding itu. Mereka mula masuk secara perlahan untuk menyerang pengganas-pengganas yang lain.
Syafiq sudah bersiap sedia dengan kedudukannya bersama sniper yang ada padanya untuk menembak musuh sekiranya ada serangan hendap dari pihak musuh.
Syed Amirul juga mula bergerak mencari tebusan yang perlu diselamatkan.
"Hostages found, two hostages missing," Syed Amirul bersuara.
"Copy," Hudzaifah dan Nafidz menjawab di earpiece.
Hudzaifah arahkan pasukannya pergi ke bilik tempat tebusan diletakkan, manakala pasukan Nafidz mencari bilik yang dipercayai terdapat cip yang mereka perlu ambil untuk misi.
Tiba-tiba satu letupan terhasil dari satu bilik, membuatkan mereka semua terkejut. Beberapa tebusan menjerit kerana takut, Syed Amirul pantas menenangkan mereka.
"Calm down, we're here to help,"
Nafidz terus arahkan empat orang dari pasukannya pergi meninjau situasi itu. Manakala Nafidz dan empat orang lagi teruskan pencarian mereka.
Terdapat tiga orang lelaki terus berlari menyerang Nafidz dan yang lain. Tangkas Nafidz mengeluarkan pisau komandonya untuk membalas serangan lelaki tadi.
Laju saja dia menendang perut lelaki itu membuatkan senak pada lelaki yang menyerangnya.
Apabila lelaki itu tunduk sedikit, lantas dia tikam leher lelaki itu. Dua lagi lelaki juga sedang membalas pukulan dengan anak buahnya namun anak buahnya juga pantas menumbangkan lelaki lelaki itu.
"Move!" arah Nafidz pada anak buahnya yang lain. Mereka perlu pantas dalam menjayakan misi kali ini memandangkan misi mereka kali ini sangat besar.
"Tuan!, Jib down!" suara anak buahnya di earpiece mereka.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...