"Tahniah Nafidz"
Mejar Rahman bersalaman dengan Tengku Nafidz.
Berita tentang Tengku Nafidz bakal berkahwin sudah pun tersebar di kem itu.
Ramai gadis di kem itu, sedih bila dengarkan jejaka kacak tinggi lampai itu akan tamatkan zaman bujangnya.
Sekarang, Tengku Nafidz ada dalam bilik mesyuarat, untuk membincangkan tentang kes cip yang mereka siasat selama ini.
"Okay semua, saya nak status kes sekarang" tegas saja suara Mejar Rahman.
"Kim Ha Neul, dia dah meninggal tuan" Tengku Nafidz mulakan perbincangan.
Terus tegak duduk Mejar Rahman.
"Forensik dapati pada mayat ada tiga bekas tumbukan yang kuat. Kami percaya ini ada kaitan dengan cip."
"Sekarang pihak hacker dan beberapa anak buah saya teruskan siasatan untuk kita cari lagi orang yang buat cip ni"
"Intel kami percaya, yang ada tiga orang yang cipta, termasuk Kim Ha Neul"
"Okay baik, jadi sekarang, saya minta awak percepatkan siasatan ni, pihak atasan dah mula bunyi balik" Mejar Rahman memberi arahan.
"Tapi tuan, susah tuan, benda ni libatkan beberapa negara" Syafiq mula bersuara.
Mejar Rahman mengangguk. Betul, susah untuk cepat bila melibatkan negara luar.
"Saya akan buat permohonan dekat atasan untuk kerjasama dari negara luar yang terlibat dengan siasatan"
Yang lain mengangguk.
"Adjourned"
"Persiapan kahwin kau macam mana? Dua minggu lagi kan?" Hudzaifah bertanya.
"Alhamdulillah, banyak yang dah siap, hantaran semua dah, sekarang tinggal yang kecil kecil je" tenang saja suara Tengku Nafidz.
"Tema apa Fidz" Syafiq bersuara tak sabar.
Terangkat sebelah kening Tengku Nafidz. Sibuk je meon ni.
"Putih, gold" Tengku Nafidz bersuara datar.
"Fuh, okay aku follow tema nanti" Syed Amirul pula
"Ah takda, takyah semak"
"Alaaa kitorang kan bridesmaid"
Laju saja tangan Hudzaifah tepuk belakang kepala dua lelaki itu.
"Banyakla kau punya bridesmaid."
"Betulla, kan yang bawak dulang-dulang tu bridesmaid" Syafiq bersuara tak puas hati.
Tengku Nafidz dan Hudzaifah tepuk dahi. Apalah nasib dapat kawan macam ni.
"Lantak kaula, jangan rosakkan majlis aku nanti sudah"
Terus Tengku Nafidz keluar dari bilik kerjanya.
"Manoi" Syed Amirul bertanya
"Dating"
"Ceit!" Syafiq berdecit. Muka monyok ditunjukkan.
Terhambur gelak Hudzaifah dan Syed Amirul.
"Mummy, betul ke Dhia tu dah nak kahwin?"
"Yaa betul, kan dad dah cakap semalam"
Puan Sri Rafidah dan Erdina sedang berbual sesama mereka di ruang tamu.
Puan Sri Rafidah, Erdina, dan Syafia adalah isteri kedua dan adik-adik tiri Dhia Delisha.
"Dhia kahwin dengan siapa?" tanya Syafia.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...