Selepas Nabila jelaskan apa yang membuatkan Dhia Delisha dingin dan tak suka lelaki, Tengku Nafidz akhirnya faham situasi gadis itu. Termenung dia sekejap memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk tambat hati pujaan hatinya.
Hudzaifah hanya diam dan berikan beberapa pandangan kepadanya dan semangat.
"Nafidz" Nabila memanggilnya. Dia tersentak dari lamunannya dan angkat keningnya sebagai balasan.
"Boleh aku letak percaya aku dekat kau? Kau je sekarang ni yang aku rasa dapat bukakan hati dia balik, aku nak dia macam dulu balik Fidz, sumpah aku rindu nak tengok dia macam dulu balik, nampak je dia okay tapi tak Fidz, dia banyak pendam"
Nabila bersuara, suaranya tersekat menahan sebak. Sungguh dia rindukan sikap ceria Dhia Delisha yang suka bergurau, sering tersenyum.
Sisi sahabatnya itu hilang selepas apa yang ditimpanya. Hudzaifah yang melihat Nabila menahan sebak juga merasa kasihan dengan apa yang ditimpa sahabatnya itu.
"In Syaa Allah, aku cuba Nab, kau boleh percayakan aku" Tengku Nafidz bersuara yakin.
Nabila tersenyum lega. Tak lama kemudian telefon bimbit Nabila berbunyi. Panggilan dari Dhia Delisha.
"Dhia call, kejap eh"
Hudzaifah dan Tengku Nafidz menganggukkan kepala, terukir senyuman kecil di bibir Tengku Nafidz mendengar nama buah hatinya. Mereka berdua sambung makan mereka sementara menunggu Nabila.
"Ya, kenapa?" tanya Nabila
"NAAABBBBB!!!" suara Dhia jerit di telefonnya membuatkan Nabila terkejut dan jarakkan telefonnya dengan telinga. Tengku Nafidz dan Hudzaifah terpinga-pinga.
"Kau kenapa nyah, okay ke tak?" Nabila bertanya, ada rasa risau dalam dirinya. Ada apa-apa jadi ke.
"Kau pergi ioi yee, kenapa tak cakapppp" meleret suara Dhia Delisha.
"Ha yaa aku dekat ioi, nak kirim apa-apa ke Dhia?"
"Hehehe, Naabbb" Nabila yang dengar suara meleret Dhia Delisha itu berkerut keningnya.
"Ya Dhia Delishaa, nak apaa, cepat sementara aku tak gerak lagi ni"
"Ummm, dekat situ ada kedai todakk" Dhia Delisha suara perlahan. Nabila yang mendengarkan itu, dia sudah boleh agak apa yang diinginkan rakannya.
"No, kau nak beli apa lagi, kau baru je lepas beli jacket homebois, no Dhia Delisha" potong Nabila.
"Alaa nabb, aku nak beli mouse jee, mouse aku dah tak function" Dhia Delisha pujuk rakannya.
"Ada banyak mouse yang jual, kenapa ikan todak tu juga kau nak"
Nabila bersuara tegas, geram dengan rakan dia tu, pantang dengar dekat dengan store gaming.
"Pleassee, aku transfer dekat kau terus, belikan, bolehla nabb"
Nabila pejamkan mata dia sekejap hadamkan apa yang dikatakan rakannya, betul-betul nak sampai bankin terus duit. Bukan dia taknak belikan, tapi Dhia Delisha memang suka berhabis dekat pc gaming, pantang dekat. Nak taknak Nabila ikutkan juga memikirkan Dhia Delisha kata mousenya rosak. Nasib sayang
"Balik nanti bankin, dah bye"
"Thank you nabbb"
Nabila pandang kedua lelaki di hadapannya. Dia ceritakan apa yang terjadi dalam perbualannya. Tengku Nafidz dan Hudzaifah geleng kepala dengar, mereka bertiga bergerak ke store todak di IOI itu. Sampai sahaja di dalam kedai, Nabila tanya kepada pekerja dia ingin beli mouse.
Selesai memilih, di kaunter laju Tengku Nafidz bayarkan mouse Dhia Delisha. Nabila disitu terkejut.
"Eh fidz, takyah, Dhia ada transfer dekat aku, mahal ni fidz, takyah takyah" Nabila berkeras tak mahu lelaki itu bayar.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...