48

1.6K 48 1
                                    

"A...anak?" terbata-bata Dhia bertanya. 

Dhia terus pandang wajah Erdina dan Rafidah bersilih ganti. 

"Nafidz tak faham dad, anak? Bila Erdina kahwin?" 

Tengku Nawra terus tepuk dahi bila dengar pertanyaan abangnya itu. Boleh tahan bebal juga abang dia ni kadang-kadang. 

"Erdina pernah terlanjur dulu dan dia lahirkan seorang anak perempuan." 

Terbuntang mata Dhia dan Nafidz bila dengar. Gila, memang gila

"Bila?" tanya Dhia

"4 tahun lepas" Roslan menjawab.

"Apa?!" naik seoktaf suara Dhia, terkejut betul dia sekarang. 

Maknanya Erdina terlanjur saat dia berumur 17 tahun. 

"Then sekarang macam mana boleh hilang?" tanya Nafidz. 

Roslan pandang wajah Erdina yang sedang tunduk. 

"Cakaplah, kalau diam je nak selesai macam mana" dingin suara Roslan kepada anaknya seorang itu. 

Erdina masih diam. Lengan Rafidah dia peluk erat. 

"Jawablah!" jerkah Roslan. Terhinjut bahu Erdina sekarang. 

Yang lain hanya diam tak mahu ikut campur. 

"Syafia tahu?" Dhia serkap jarang. Syafia angkat kepala bila Dhia pandang ke arahnya. 

Erdina terus pandang muka Syafia memberi amaran. 

"Syafia...Syafia" 

"Jawab. Tak payah kamu bela kakak kamu tu" Roslan memberi amaran. 

"Syafia tak tahu" perlahan Syafia menjawab. Dhia memincingkan mata pandang adik tirinya. 

Dia tak percaya dengan kata-kata Syafia. 

"Betul?" Syafia angguk kepala. 

"Kalau korang berdua tak jawab and tak tahu, sampai bila-bila anak tu tak akan jumpa" Dhia mengugut. 

Terus Syafia pandang Dhia dengan riak takut. 

"Akak tolonglah cari kesian budak tu, abang Nafidz tolong kami" Syafia merayu. 

"Kenapa kau yang beriya minta tolong? Kenapa bukan mak dia?" tanya Nafidz. 

Erdina sudah terkelip-kelip matanya. Syafia pandang wajah Erdina sekilas. Kemudian dia tarik nafas dalam-dalam.

Dia dah tak boleh berterusan bersubahat dalam kes ini. 

"Syafia sayang budak tu, dia tak berdosa. Kak Erdina tak kisah langsung pasal baby tu" Syafia mula jujur. 

"Syafia!" Erdina terus bangun pandang adiknya. Geram betul dia bila adiknya dah mula jujur. 

"Apa?! Kau yang tak sayang anak kau kan! Aku dari dulu dah suruh minta tolong kak Dhia dengan abang Nafidz kau yang taknak!" 

"Kau ni memang kan!" baru saja Erdina ingin menerpa ke arah Syafia, terus Roslan menjerkah. 

"Erdina! Sudah!" 

"Syafia kamu bagitahu sekarang semua benda yang kamu tahu dad nak dengar" tegas suara Roslan sekarang. 

Turun naik dadanya sekarang. 

"Syafia tak tahu banyak, Syafia cuma tahu kak Dina ada bagi anak dia dekat orang"

Pang!

Terus laju Dhia bangun dan tampar muka Erdina. Terteleng muka gadis itu akibat ditampar kuat. 

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now