Beberapa hari selepas kejadian itu, keadaan Dhia Delisha semakin sembuh.
Kadang kala, Tengku Nafidz akan balik ke rumah untuk jenguk buah hati dia. Risau kalau apa-apa terjadi.
Sampai pening ibunya. Tak pernah balik rumah pun sebelum ni, jarang sekali. Bila buah hati duduk rumah keluarganya, kalau boleh setiap hari balik.
Dhia Delisha sedang menyiram pokok di laman rumah Tengku Sayf. Dia termenung seketika, tiba-tiba ada seseorang mengejutkan dia.
"Hoi!"
"Momokkk!!" Dhia Delisha menjerit kemudian dia terus pusing sambil tangannya yang sedang pegang batang paip disimbah ke arah suara tadi.
Habis baju loreng Tengku Nafidz basah akibat disiram gadis kecil itu.
"A..awak"
"Kau siram aku kenapa?! Aku pokok ke?!" Tengku Nafidz bersuara.
"Siapa suruh terkejutkan orang" Dhia Delisha tak mahu mengalah.
Dia yang terkejutkan, dia pula nak marah, patut kita ni tau.
"Yang kau tu termenung, aku masuk rumah bagi salam pun tak sedar. Sampai paleto dah ke termenung?"
Berkerut kening Dhia Delisha. Apa benda paleto ni, palatao tahu la.
"Ish, dahla, susah cakap dengan orang tua ni, emosi je" Dhia Delisha bersuara sebal.
Geram juga. Tengku Nafidz suka kacau dia, tapi yang marahnya lelaki itu.
"Kau cakap apa?" Tengku Nafidz cekak pinggang.
Ewah ewah, sedap dia je cakap kita orang tua.
Dhia Delisha diam, dia pergi menutup paip, kemudian langkah masuk ke dalam rumah.
Tengku Nafidz terus berdiri di depan Dhia, menghalang gadis itu masuk.
"Again, kau cakap apa?"
Dhia Delisha mendengus perlahan.
"Orang tua tepi sikit, saya pergi ambil tuala untuk orang tua, basah lenjun kan"
Terus Dhia berlari masuk ke dalam rumah.
"Sejak bila aku tua woi budak kecil!"
"Syed syedd, aku kan rindu laaa" Syafiq bersuara manja sambil kepalanya dilentokkan di bahu Syed Amirul.
"Kau kenapa bebal" datar suara Syed.
"Kita rindu awaknyaa, kalau boleh kita nak duduk dengan awaknyaaa" mulut dimuncungkan, mata cuba dibulatkan buat comel.
"Babi, kau ingat kau comel ke macam tu, buruk bodoh"
"Ish awak ni, kita nak manja manja, nak peluk peluk, kita rinduuu"
Lengan Syed, dipeluk, mulut dimuncungkan sebelum Syafiq cuba cium pipi Syed.
Laju pistol dibelakangnya dikeluarkan.
Klak!
"Kau cium aku, mulut kau aku sepaikan"
Tengku Nafidz menatap tajam dua rakannya di hadapan.
Mereka sekarang ada di bilik kerja Tengku Nafidz. Hudzaifah tiada bersama mereka memandangkan dia ada misi.
"Hehehe jangan begini sahabat, ite main main je"
"Geli bodoh"
Syafiq tersenyum macam kera sumbang.
"Kau ni Syed, janganlah marah marah, aku nak luahkan rindu je"
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...