Tengku Nafidz Mustasyar

4.5K 93 0
                                    

2018, Kem Sg Buloh

"Cepat, cepat, cepat! Terhegeh hegeh macam kura kura! Ketua platun cepat bagi arahan, dah pukul berapa ni, nak mula kerja pukul berapa?!" tegas suara Tengku Nafidz menjerit beri arahan. 

Setelah semua platun selesai dengan  perbarisan pagi, Nafidz melangkah laju menuju bilik mesyuarat bagi menghadiri mesyuarat membincangkan tugasan barunya.

Setelah sampai di bilik mesyuarat, terdapat beberapa rakan seperjuangannya, Syed Amirul , Hudzaifah, dan Syafiq menganggukkan kepala mereka kepada Nafidz sebagai sapaan kepadanya.

Begitu juga Nafidz menganggukkan kepalanya kepada mereka sebagai balasan.

"Ha, sampai dah kamu Nafidz, okay saya rasa kita dah boleh mulakan discussion kita, sebelum tu selamat pagi semua" Mejar Rahman, selaku atasan mereka bersuara.

Tengku Nafidz dan yang lain tekun sepanjang mendengar perbincangan sepanjang mesyuarat tadi, dan catit beberapa maklumat untuk mereka. 

"Haih, kenapa kita pun kena pergi, patutnya orang lainlah pergi" Syed Amirul mengeluh.

"Ikut je la, kan ada talk sekali nanti, sebab tu kita kena pergi kau nih Syed, kerja sikit je pun pergi sana tarik budak-budak tu kenal dengan askar" Hudzaifah balas. 

Syafiq peluk bahu Syed Amirul seolah-olah memujuk rakannya itu.

Nafidz hanya mendengar perbualan kedua-dua rakannya itu, dia memang seorang yang banyak diam apabila dalam mod kerjanya. Hanya bercakap bila perlu. 

Mukanya beku saja memandang beberapa anggota yang sedang melakukan latihan di lapangan.

Matanya tajam memerhati setiap gerakan anggota-anggota itu.

"Agak-agak kan ada tak perempuan nak masuk askar? Yela, dapat juga cuci mata tengok hehehe" 

PAK!

"Adoi nyah!"

Laju saja tangan yang besar berurat itu pukul belakang kepala Syafiq. Syafiq gosok perlahan kepalanya sambil senyum tak bersalah.

" Kau peng, kalau takda benda elok nak cakap baik diam, cuci mata apanya, kita bukan pergi menggatal, kita pergi untuk buka mata budak-budak kolej tu pasal askar" laju Nafidz membidas kawannya yang juga dipanggil sebagai syapeng.

"Sorry sorry, ya ya sebab kerja aku pergi, dia ni, gurau sikit pun tak olleh hm!" muncung bibir Syafiq diakhir katanya. Konon merajuk la tu, tak padan dengan capang haha gurau. 

Pagi itu, Nafidz bersiap seperti biasa untuk ke kerja, setelah siap, kakinya laju mengorak langkah ke arah dapur bagi menegur ibunya di dapur bersama ayah, abang, dan adik perempuannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi itu, Nafidz bersiap seperti biasa untuk ke kerja, setelah siap, kakinya laju mengorak langkah ke arah dapur bagi menegur ibunya di dapur bersama ayah, abang, dan adik perempuannya.

Sudah menjadi kebiasaan keluarga itu sarapan pagi sebelum masing-masing mulakan hari mereka. 

Sampai sahaja di dapur itu, terukir senyuman manis sang ibu kepada anak lelakinya yang sudah segak memakai baju loreng untuk ke kerja. 

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now