68

1.8K 46 2
                                    

"Aku nak dua manusia tu kena hukuman yang setimpal, but, aku nak jumpa dorang dulu" dingin suara Nafidz. 

"Okay, aku akan uruskan" jawab Iskandar. 

Panggilan itu ditamatkan bila Nafidz tengok Dhia dah mula sedar. 

"Sayang" Nafidz mendekati Dhia. 

"You alright bebe?" kepala Dhia diusap. 

Dhia mengangguk. Nafidz menghulurkan segelas air untuk Dhia. 

"Anak kita mana?" tanya Dhia. 

Nafidz senyum kecil, sebelum menjawab soalan Dhia. 

"Minum dulu sayang, nanti abang bawa jumpa baby okay" 

Dhia menurut. Habis dia minum air, betul-betul dahaga dia sekarang. 

"Before abang bawa sayang jumpa anak kita, abang nak sayang kuatkan semangat sayang, no matter what happen, anak kita takkan apa-apa" Nafidz bersuara. 

"Anak kita kenapa?" Dhia sudah risau. 

"Jom abang bawa sayang" Nafidz hiraukan persoalan isterinya. 

Dhia duduk di kerusi roda, Nafidz menolak menuju bahagian NICU. 

Sampai saja di ruang NICU, gugur air mata Dhia melihat tubuh anak kecil di dalam inkubator itu. 

Pada anaknya ada alat bantuan pernafasan, rapuh hatinya melihat. 

"Anak mummy" Dhia gumam perlahan. 

"Sayang...shh...baby okay...baby cuma kena pantau" Nafidz memujuk. 

"Abang, Dhia tak jaga baby elok-elok" Dhia menangis di dada suaminya. 

Nafidz menggosok belakang badan isterinya. 

"No sayang, sayang jaga baby kita cukup elok, ini cuma ujian untuk kita. Kuatkan kita." pujuk Nafidz.

"Kesian anak mummy, mummy minta maaf ya sayang" Dhia tekapkan tangannya di cermin.

Nafidz mengusap kepala isterinya. 

Selepas dua hari, Dhia sudah dibenarkan pulang, hanya anaknya sahaja masih di dalam rawatan NICU.

Dhia akan berpantang di rumah Puan Isabella, mudah untuk wanita itu memantau menantunya.

"Dhia kena berpantang 100 hari ya" kata Puan Isabella. 

Dhia mengangguk. 

"Ke...kenapa 100? Bukan 44 je ke patutnya?" tanya Nafidz tak puas hati. 

Dhia sudah tahan gelak.

"Sebab biar sembuh penuh walau dah sembuh, lebih elok. Lagipun badan nak pakai lama" bebel Puan Isabella.

Nafidz sudah mencebik pandang isterinya raih simpati.

"Tak payah nak buat sedih, tak mati pun" kata ibunya lagi.

"Mamaaa, lama sangattt" Nafidz merengek.

Terus Dhia gelak besar.

"Takda takda, suka ke, tak suka ke, kamu tak boleh sentuh Dhia selama 100 hari" tegas Puan Isabella.

"Bebeee, matilah abang macam ni" adu Nafidz.

"Abang, 100 hari je, pejam celik dah 100 dah" kata Dhia sambil ketawa.

"100 hari tu ibarat 100 tahun untuk abang tau" Nafidz mencebik.

"Banyak la kau punya tahun" Nufail baling bantal kusyen ke muka adiknya.

Dhia dan Puan Isabella ketawa saja melihat muka Nafidz masam mencuka.

Sabar lah abe Nafidz ye.

"Bae"

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now