Hari ini merupakan hari yang dinantikan. Hari pernikahan Tengku Nafidz Mustasyar dan Dhia Delisha. Mereka semua sekarang berada di masjid.
Menunggu ketibaan pengantin perempuan. Di satu sudut, dalam kereta Dhia Delisha cuba mengawal gigil badannya. Tangan Nabila dia genggam erat.
Tengku Nawra fokus memandu. Sesekali Nabila usap perlahan jari-jemari Dhia, cuba tenangkan rakannya.
Nabila tahu, Dhia mula rasa takut, nervous. Bila Dhia rasa begitu, pasti badannya akan mula menggigil.
"Jangan risau, semuanya akan okay" lebut Nabila cuba tenangkan Dhia.
Dhia Delisha hanya mampu mengangguk. Fikiran dia memang blank sekarang.
"Dhia, don't worry, aku yakin, abang aku tu sekali lafaz je. Even kalau banyak kali lafaz pun dia tetap akan jadi suami kau"
"Halah bongok hahahaha" Nabila bersuara
Dhia kemudian ketawa perlahan.
Sampai sahaja di masjid, Dhia perhatikan ada empat buah kereta. Satu kereta Range Rover Evoque warna hitam milik Tengku Sayf. Itu adalah 'family car' keluarga itu.
Kemudian, kereta jaguar hitam yang dia sudah pasti siapa empunya kereta itu. Tengku Nafidz ofcosss.
Kemudian, kereta Audi A5 Coupe warna hijau emerald milik Hudzaifah, dan BMW i8 warna metallic blue milik Iskandar.
Masuk sahaja ke dalam masjid, Dhia dapat melihat satu tubuh tegap yang sedang duduk berhadapan dengan ayahnya.
Bakal suami titee
Rasa takut dan gusar makin menyelubungi. Perlahan-lahan dia berjalan ke tempat yang dah disediakan. Tangannya tak lepas dari mengenggam erat tangan Nabila.
Tengku Nafidz pula makin berdebar bila dia dengar Iskandar beritahu pengantin perempuan dah sampai.
Nak pusing tengok bakal isteri, tapi berdebar, risau lupa lafaz nikah.
"Boleh kita mula?" tok kadi mula bersuara.
Yang lain mengangguk, tazkirah sebelum akad dimulakan. Tandatangan borang nikah juga sudah selesai. Tan Sri Roslan menghulurkan salamnya.
Salam disambut, erat Tan Sri Roslan salam Tengku Nafidz, begitu juga sebaliknya.
"Tengku Nafidz Mustasyar"
"Saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Dhia Delisha binti Roslan dengan mas kahwinnya RM16,000 beserta seutas rantai emas tunai"
"Aku terima nikahnya Dhia Delisha binti Roslan dengan mas kahwinnya RM16,000 beserta seutas rantai tunai."
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah" serentak semua yang ada disitu mengucap syukur.
Imam membaca doa. Perlahan-lahan air mata Dhia mengalir di pipi.
'Mama, Dhia dah kahwin ma' getus hati Dhia. Sungguh dia nak sangat arwah mamanya berada di sisinya sekarang, disaat bahagia.
Puan Isabella terus peluk Dhia Delisha, dahinya dicium penuh kasih sayang. Nabila dan Tengku Nawra juga peluk dan cium pipi Dhia Delisha.
Selesai sahaja Tengku Nafidz menunaikan solat sunat nikah, dia duduk di sebelah Dhia Delisha.
"Assalamualaikum isteri abang" lembut saja suara Tengku Nafidz
"Wa..Waalaikumussalam" perlahan suara Dhia.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Roman d'amour⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...