Sejak kejadian di Mid Valley itu, Nafidz sering tinggalkan komen di story instagram Dhia. Namun, jarang sekali Dhia balas setiap komen yang ditinggalkan oleh Nafidz.
Dhia hanya jawab jika komen itu adalah soalan yang ditanya kepadanya. Selain dari itu, dia cuma read saja.
Semakin hari Nafidz rasakan cara dia untuk dekat dengan Dhia ni tak jalan. Jadi dia decide untuk pergi ke universiti Dhia. Untung saja Nafidz follow juga instagram Nabila. Nabila lebih rajin up story dekat instagram. Bolehlah dia tahu aktiviti dua belangkas itu.
"Nab, aku nak pergi watson kejap, kau tunggu je dekat starbuck tau."
"Okay, aku save tempat kau."
"Macam starbuck tu takda tempat nak duduk."
Tawa kecil meletus di bibir Nabila bila dengar rakannya itu, betul la tu, macam la penuh starbuck tu. Sampai saja di tingkat bawah mereka pergi ke haluan masing-masing. Di dalam watson, Dhia cari apa yang ingin dibelinya.
Pencuci muka, scrub muka, dan beberapa lagi barang keperluannya.
Sampai saja di starbuck, dari langkah yang biasa menjadi perlahan apabila Dhia perasan ada satu sosok tubuh yang dikenalinya sedang duduk berhadapan dengan Nabila. Rancak mereka berdua berbual. Dhia hampiri mereka berdua.
"Ha sampai pun, kau beli apa dekat watson lama sangat, sini duduk" tanya Nabila.
Dhia hanya berikan plastik bag watson ke Nabila. Tunjuk barang yang dia dah beli. Kemudian Dhia labuhka duduk di antara Nafidz dan Nabila memandangkan situ saja yang tinggal kosong.
"Ha Dhia, ni si Nafidz cari kau," Dhia hanya pandang kosong muka Nafidz. Nafidz pula ukir senyuman manis untuk Dhia, Nabila terdiam sekejap tengok wajah kacak itu senyum.
Lain macam senyum, punya nak pikat hati member dia.
Dhia pelik memikirkan apa yang lelaki ni buat dekat sini, dan macam mana lelaki ni boleh tahu dia ada dekat sini. Tapi dia diamkan saja, malas ambil tahu.
"Nak order apa apa tak, aku orderkan," Nafidz mulakan bicara. Dhia hanya gelengkan kepala. Telefon bimbit miliknya dikeluarkan dari tote bag.
"Dia tak minum starbuck, tak suka coffee." Nabila menjawab bagi pihak Dhia.
Terangkat sebelah kening Nafidz. Menarik, jarang dia jumpa orang yang tak minum kopi.
"Wow, not a coffee person, so you are more to?" tanya dia kepada Dhia. Mereka berdua diam menanti jawapan Dhia. Dhia lepaskan keluhan kecil.
Tak jawab dicop sombong pula.
"Tea" pendek saja Dhia menjawab, sambil sedang leka bermain instagram di telefonnya.
Nafidz mengangguk kemudian dia hanya lihat saja tingkah Dhia itu.
'Ig selalu buka, reply aku tak juga' getus hati Nafidz. Rasa marah mula timbul, susah sangat kah untuk gadis itu layan setiap chat dia.
Sepanjang mereka bertiga di restoran itu, Nabila saja yang banyak berbual dengan Nafidz, itu pun dia terasa kekok asyik dia saja yang bercakap dengan lelaki ini.
Dhia diam saja sepanjang ada disitu.
"Dah ke?" Dhia mula tanya kepada Nabila selepas dia perasan air starbuck Nabila dan roti yang dibelinya tadi dah habis.
Nabila pandang Dhia sekilas, kemudian matanya pandang ke arah Nafidz. Nafidz menganggukkan kepalanya sedikit sebagai memberi isyarat.
"Umm Dhia, aku balik dulu eh," Nabila terus bangun dari tempat duduknya. Dhia disebelahnya terkejut dengan tingkah mengejut dia.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...