15

2.1K 65 0
                                    

Hari pengebumian mama Dhia Delisha sedang berlangsung, lemah tubuh gadis kecil itu sekarang. Matanya tetap di tubuh mamanya yang dah siap dikafankan. Termenung dia melihat mayat mama, air mata tak berhenti mengalir di pipi.

"Sayang, cium dahi mama" 

Puan Isabella paut lengan Dhia Delisha ke arah mayat mamanya. Lama dahi mamanya dicium, pipi kiri dan kanan juga Dhia Delisha cium. 

Tengku Nafidz yang ada di pintu utama setia melihat Dhia Delisha.

Dia bertekad untuk lindungi gadis itu. Keranda mama Dhia Delisha sudah diusung masuk ke dalam van jenazah. 

Kereta range rover yang membawa Puan Isabella, Tengku Nawra, dan Dhia Delisha sampai di kubur.

Habis saja talkin dibacakan, Puan Isabella bantu Dhia Delisha untuk bangun dan menyiram kubur mamanya. Dhia Delisha hanya diam menurut, air mata masih mengalir tanpa henti. 

Habis saja menyiram, Dhia masih duduk memandang kubur mamanya. Dia masih cuba terima pemergian mamanya dan satu-satunya keluarga yang dia ada.

Tangannya mengenggam erat tanah di situ. Seolah dia cuba capai mama. Semua yang masih ada di kubur itu sedih melihat keadaan Dhia Delisha. 

Nabila yang ada di belakangnya juga menangis. Dia saksi setiap kejatuhan Dhia Delisha, sengsara rakannya itu dia saksikan.

"Dhia, jom, kita balik" 

Nabila pegang bahu Dhia Delisha dari belakang, cuba bangunkan rakannya. Dhia Delisha masih duduk, taknak bangun, mata masih pada kubur. Puan Isabella di sebelah Dhia juga cuba memujuk.

"Sayang jom, kita balik ya" ujarnya sambil mengelus kepala Dhia Delisha. Dhia Delisha pandang wajah Puan Isabella seketika, dia pandang balik kubur mamanya.

"Mama, mama" perlahan suara Dhia Delisha. 

Dhia Delisha sangat hilang arah sekarang. 

"Mama bangun, kita balik" dia bersuara lagi. Nabila tak boleh tahan tangisannya lagi, dia makin menangis sambil pegang erat bahu rakannya.

"Dhia, jangan macam ni, aku ada, semua ada, kita semua sayang kau, jangan macam ni Dhia" Nabila bersuara. 

Air mata Dhia Delisha makin laju mengalir di pipi. Tangannya dia kuis tanah kubur mamanya, dia nakkan ibunya sekarang.

"Mama" 

Dhia Delisha bersuara lagi, air matanya laju mengalir. Nabila terus peluk Dhia Delisha dari belakang. 

"Dhia jangan macam ni, kau kena kuat, please Dhia, aku sayang kau" Nabila merayu, dia taknak Dhia Delisha hilang arah lagi, cukup sekali.

"Mama, Dhia nak mama, bangun, jangan tinggal Dhia sorang-sorang" suara Dhia Delisha makin kuat. Puan Isabella juga peluk badan dia, cuba tenangkan.

"Sayang, sabar sayang, Dhia kena redha pemergian mama, Allah lebih sayangkan mama Dhia, jangan macam ni sayang, tak tenang arwah" Puan Isabella bersuara sambil menangis. Luluh hati ibunya.

"Taknakk!!, Dhia nak mamaa, mamaaa bangunnn!!" Dhia makin meronta. 

Pelukan Nabila dan Puan Isabella cuba dia lepaskan.

"Dik, tarik Dhia bangun, kita tak boleh biar dia macam ni, tak tenang arwah" Tengku Nafidz bisik perlahan di telinga adiknya. 

Terus Tengku Nawra tarik tangan Dhia Delisha untuk bangun, bangun saja tubuh kecil itu, dia memeluk erat Dhia Delisha yang sedang meronta itu.

Dia terpaksa tarik Dhia Delisha keluar dari kawasan kubur, rontaan Dhia Delisha, dia hiraukan. Tak lama selepas itu, Dhia Delisha jatuh pengsan. Kelam-kabut mereka semua di situ bawa balik Dhia Delisha.

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now