37

1.7K 49 0
                                    

Dhia sedang mengemas bilik tidur, sudah menjadi kebiasaan hari minggu, dia akan bersihkan bilik tidur mereka. 

Dhia turun untuk bantu Puan Isabella dan Tengku Nawra di dapur. 

Hari itu berjalan seperti biasa. Cuma kebelakangan ini, Dhia sering menangis selepas solat, akibat meluahkan rasa rindunya terhadap suami pada yang Esa.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan itu buat Dhia bangun menuju pintu. 

Buka sahaja pintu, rasa lemah lutut dia tengok apa yang ada di depan matanya. Dhia diam tak berkutik. 

Air mata mengalir laju. Terus tangan kekar itu mengusap air mata Dhia dan pipi gebunya. 

Dapat dia lihat mata yang merah bengkak itu akibat menangis. Terus Dhia ditarik ke dalam pelukan. 

"I'm home bae" suara lembut Tengku Nafidz menyapa di telinga. 

Dhia peluk erat badan suaminya. Dia hamburkan tangisan di dada bidang itu. 

Tengku Nafidz setia mengusap belakang badan Dhia. 

"Sorry abang lama sayang" dahi Dhia dikucup lama. 

"Dhia tunggu" perlahan suara Dhia

Tengku Nafidz tersenyum dengar jawapan Dhia. Rasa nak gelak pun ada. 

"You did a great job sayang, Dhia tunggu abang, and I'm happy for that" Tengku Nafidz memujuk. 

Tersedu-sedu Dhia menangis. Terus Tengku Nafidz angkat Dhia dan masuk ke dalam bilik. 

Sambung sesi semut dalam bilik, lama-lama depan pintu risau ada mata tak dikehendaki nampak. 

Dhia angkat muka pandang wajah suaminya. Ada sedikit jambang mula tumbuh di muka, misai juga. 

Dhia usap muka kesayangannya. Tengku Nafidz senyum, tangan masih setia peluk pinggang Dhia. 

"Kenapa? Abang dah tak handsome ke bila ada misai dengan jambang?" tanya Tengku Nafidz. 

Dhia menggeleng. 

"Handsome, just nampak tak kemas, nanti Dhia tolong abang cukur ya" Dhia jawab. 

"Anything for you bebe" Tengku Nafidz cium sekilas bibir lembut Dhia. 

Merah pipi Dhia bila dicium. 

Seusai mandi, Tengku Nafidz panggil Dhia dan tarik lengan isterinya didudukkan di atas ribanya. 

"Kenapa?" tanya Dhia. 

"Takda apa, saja, dah lama tak tengok bidadari abang" 

"Ish dia ni, jom turun makan. Abang tak makan lagi"

Baru saja Dhia nak bangun, Tengku Nafidz eratkan pelukan di pinggang. 

"Abang jomlah, mama papa semua tunggu" Dhia merungut kecil macam budak. 

"Takda siapa kisah pun kita turun lambat, dorang tahu kita masih dalam mood pengantin baru" 

Dhia tepuk kuat bahu Tengku Nafidz. Lelaki itu gelak besar setelah itu.

"Abang ni! Pengantin baru apanya, dekat sebulan lebih dah" Dhia menjawab. 

"Untuk abang, setiap masa kita pengantin baru" hidung dia dilagakan dengan hidung Dhia Delisha. 

"Nafidz! Sudahlah tu lepas rindu! Ada banyak lagi masa nak lepas rindu! Bawa Dhia turun makan dulu kamu pun turun makan, jangan makan isteri kamu pula!" Puan Isabella jerit dari tingkat bawah. 

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now