Usia kandungan Dhia sudah masuk lima bulan.
Dhia mula masuk kerja di syarikat keluarga suaminya semula saat usia kandungannya mencecah empat bulan.
Itu pun jenuh dia memujuk Nafidz untuk mengizinkan.
Akhirnya Nafidz setuju bila Tengku Nufail dan Tengku Sayf sendiri minta Dhia masuk kerja.
Mereka perlukan bantuan dari Dhia dan beberapa pendapat dari Dhia tentang business project mereka.
Memandangkan pandangan Dhia semuanya bernas belaka.
Cumanya, setiap hari Jumaat Nafidz minta untuk benarkan Dhia bekerja dari rumah.
Jadi yang lain hanya menurut.
Dhia sekarang fokus semak beberapa dokumen sebelum dihantar pada Luthfi, atasannya.
"Dhia macam mana? Okay?" Luthfi menegur, dia baru saja keluar dari pantry buat air.
Dhia mengangguk.
"Kalau penat, take five, jangan push sangat, awak mengandung" Luthfi mengingatkan.
"Ya encik, jangan risau" Dhia meyakinkan.
Dia kembali semak dokumen di atas mejanya dan siapkan kerjanya di komputer syarikat.
Bunyi notifikasi whatsapp buatkan Dhia berhenti buat kerja seketika.
Nab 👭🏻
Frennn 😗
Buat apa tuuuDhia senyum melihat mesej dari Nabila. Mesti bosan sebab tu mesej.
Nab 👭🏻
Settle kerja, waeyo?
Fren jom keluar time lunch?
Jalan jalanAku tanya Nafidz dulu
Nanti aku roger okayOkay tapi jangan dia menempel sekali
Aku benam dalam tanah nanti
😤😤😤Dhia ketawa membaca mesej sahabatnya. Anti betul Nabila sekarang dengan Nafidz.
Bukan Nabila saja, malah rakan-rakan Nafidz yang lain pun mula anti dengan lelaki itu.
Semua kata Nafidz dah jadi koala besar asyik nak menempel dengan Dhia.
Setelah dapat keizinan dari Nafidz, Dhia sambung kerjanya semula.
Tiba saja waktu lunch, Dhia ambil Nabila di tempat kerja sahabatnya. Nabila meluru masuk ke dalam kereta bila nampak kereta Dhia.
"Jommm" Nabila baru saja nak teruja tiba-tiba dia dengar suara orang berdehem.
"Ehem, ehem"
Perlahan-lahan Nabila pusing ke arah seat belakang. Terus Nabila menjerit tak suka.
"Dhiaaa, ke...kenapa mamat ni adaaaa, aaaaa" Nabila sudah meronta. Dhia ketawa terbahak-bahak.
"Eh raksasa koala, kau buat apa dekat sini ha?" tanya Nabila. Geram betul dia bila tengok Nafidz elok duduk di seat belakang.
"Sukati aku la, ini kereta isteri aku" bidas Nafidz.
"Wah wah kauu, ini kereta kawan aku, yang kau sibuk kenapa kitorang nak jalan-jalan la" geram Nabila.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...