18

1.9K 61 0
                                    

Suasana di meja makan itu senyap, masing-masing fokus makan. Sedap betul daging salai masak lemak Puan Isabella, semua tunduk makan.

"Papa dengar isu pasal empangan Nufail dapat control" Tengku Sayf mula bicara.

Tengku Nufail terus senyum, "yes, berkat idea dari Dhia, you know what papa, this little girl suggest a very good idea and because of her, kita dapat tangani isu empangan tu" panjang lebar Tengku Nufail bercerita.

Tengku Nafidz yang ada sekali sembunyi senyum dengarkan pencapaian baru Dhia Delisha.

Dhia Delisha sedang basuh pinggan di sinki, tanpa dia sedar ada satu tubuh berdiri dekat di sebelahnya.

"Good job bae"

Dhia Delisha terkejut, terus dia pandang ke sisinya, Tengku Nafidz betul betul di sebelah dia. Laju kakinya menjarakkan diri.

"Thank you" perlahan suara Dhia Delisha. Selepas itu dia terus ke ruang tamu.

"Dhia"

Dhia Delisha pusing menghadap Tengku Nafidz. Tengku Nafidz ukir satu senyuman manis yang buatkan Dhia Delisha tergamam tengok wajah Tengku Nafidz.

'Jantung kenapa laju sangat ni, nak marathon apa, orang tua depan ni senyum je' bebel Dhia Delisha dalam hati.

"I'm really proud of you" terus Tengku Nafidz keluar dari dapur tinggalkan Dhia Delisha yang terpinga-pinga.

"Dhia, esok belikan mama barang-barang dapur sikit boleh, mama tak sempat nak pergi esok, kena ikut papa"

Dhia Delisha senyum dan anggukkan kepala. Puan Isabella senyum bila Dhia Delisha mahu tolong dia.

"Esok pergi dengan Fidz ya, dia hantar. Fidz esok bawa Dhia beli barang dapur, teman dia" Puan Isabella bersuara lagi.

Esok harinya, Tengku Nafidz dan Dhia Delisha tiba di Village Grocer. Tengku Nafidz tolak troli manakala Dhia Delisha mencari barang.

"Awak tunggu sini, ambilkan beras basmathi tu satu, saya nak pergi ambil susu HL kak Nawra"

"Jangan pergi jauh jauh, hilang nanti" Dhia Delisha jeling matanya ke atas. Ada je orang tua ni nak usik dia.

Dhia Delisha sedang ambil susu HL Tengku Nawra, tiba-tiba satu suara perlahan di telinganya membuatkan tubuh dia mengeras terkejut.

"Hey baby, miss me"bisik suara itu. Tangan dia diusap di belakang badan Dhia Delisha.

Laju Dhia pusing, tangan dia diangkat nak pukul lelaki itu.

"Wo relax baby, kenapa ganas ni, selalu tak macam ni" Azlee pegang tangan Dhia Delisha yang cuba pukul dia.

Dhia Delisha cuba leraikan pegangan itu tapi tak berjaya. 

"I miss you so much, don't you miss me?" Azlee bersuara lagi.

Dhia Delisha sudah mengetap bibir menahan tangis. Mata dia cuba mencari tubuh Tengku Nafidz.

"Lepaslah lee, apa ni, aku tak suka la" 

Dhia Delisha suara menahan marah dan takut. Azlee tetap pegang tangan Dhia, malah dia eratkan genggamannya.

"Woi, pekak ke, tuli?" suara dingin Tengku Nafidz buatkan Azlee terdiam kejap.

Dhia Delisha terus pandang Tengku Nafidz dengan air mata sudah bertakung.

Orang tua tolong sayaaa.

Timbul urat di dahi Tengku Nafidz bila dia tengok perbuatan Azlee terhadap Dhia Delisha. Suka hati mak tiri laki bapak kau je pegang buah hati aku.

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now