50

1.7K 46 0
                                    

Dhia menggigil sebaik saja dia sampai di kem itu.

Beberapa anak buah Nafidz yang mengiringi dia dan suaminya buatkan bulu romanya berdiri.

Erat dia peluk lengan suaminya, mana kala Nafidz tak berhenti membisik kata-kata semangat untuk menenangkannya.

Nafidz sudah memberitahu tentang cip dan Dhia juga sudah jujur pada Nafidz.

Malam itu, teruk Dhia menangis memohon maaf pada suaminya.

"Dhia minta maaf, sebab Dhia abang dengan yang lain terpalit sekali. Abang bergaduh dengan Hud sebab nak selamatkan Dhia. Dhia minta maaf"

Teresak-esak Dhia menangis di dada suaminya.

Nafidz sama sekali tidak menyalahkan Dhia. Untuk dia, isterinya tersepit untuk buat pilihan begitu juga dia kala itu.

Sampai sahaja di depan bilik mesyuarat, badan Dhia kaku di depan pintu bilik itu. Menggigil satu badannya.

"Sayang" Nafidz memeluk bahu Dhia.

Dhia pandang wajah suaminya.

"Abang, Dhia...Dhia takut-"

Terus Nafidz tarik isterinya ke dalam pelukan.

"Jangan fikir yang bukan-bukan. Semua dekat dalam tu bersedia untuk lindungi sayang, abang, kita semua" pujuk Nafidz.

"Tuan, semua dah ready" Alif bersuara.

Nafidz mengangguk kemudian mereka bergandingan masuk ke dalam bilik itu.

Masuk saja, Mejar Rahman, dan semu rakan-rakan seperjuangan Nafidz sudah bersedia menanti kedatangan mereka berdua.

Erat pelukan Dhia di lengan suaminya.

"Puan" Mejar menyapa Dhia.

Dhia senyum kecil dan mengangguk sebagai balasan. Dhia duduk di sebelah Nafidz. 

Matanya membulat sedikit bila nampak apa yang dipaparkan di skrin besar di hadapannya. Terus genggaman tangan dia Nafidz, dia eratkan. 

Wajah ketiga-tiga insan yang sangat dia kenal. Arwah mamanya, Kim Ha Neul. Hamzah, dan Albert. 

Tak lama kemudian, Jee Yeon juga sampai di situ. Jee Yeon senyum kecil ke arah Dhia. Dia tahu Dhia terkejut dan takut sekarang. 

"Puan, boleh saya mulakan dengan bertanya pada puan beberapa soalan?" Mejar Rahman bersuara.

Dhia mengangguk, genggaman tangan langsung Dhia tak lepaskan. 

"Boleh puan terangkan siapa arwah ibu puan dan ketiga-tiga mereka dalam KCIA?" sambung Mejar Rahman. 

Dhia menelan kesat air liurnya, dia ambil nafas dalam-dalam. 

"Slowly bebe, you can do it" Nafidz bisik perlahan di telinganya memberi semangat. 

"Mama saya Kim Ha Neul, ketua bahagian crime bureau dalam KCIA selama 20 tahun sebelum dia letak jawatan tu. Bersama dengan dia adalah uncle Hamzah selaku pembantu kanan dia dan uncle Albert yang menjaga bahagian alat teknologi yang dicipta"

"NIS arahkan mama cipta semula ketiga-tiga cip tu bersama dengan uncle Hamzah and uncle Albert." perlahan suara Dhia menjelaskan. 

Alif sibuk menaip di komputer ribanya semua maklumat yang Dhia beritahu. 

"Kenapa rahsia ketenteraan negara kita boleh masuk dalam cip tu kalau pihak NIS yang arahkan pada asalnya?" Mejar Rahman bertanya lagi. 

Cip itu sampai ke Malaysia dan mengejutkan semua pihak kementerian. Apatah lagi bila dapat tahu mempunyai semua rahsia ketenteraan negara itu. 

"Bukan sahaja rahsia ketenteraan Malaysia saja yang ada dalam tu, rahsia ketenteraan negara lain juga" Dhia menjawab. Nafas dalam ditarik sebelum dia sambung lagi. 

"Dalam kes ni, ada banyak negara yang terlibat. Malaysia, Korea, US, Russia, Korea Utara, China, negara-negara besar yang lain. Pada mulanya Malaysia takda kaitan sebab ini melibatkan antara kuasa Korea Selatan dengan kuasa Korea Utara" 

Berkerut dahi masing-masing. Jee Yeon yang nampak semua tertanya-tanya, dia terus bangun dari duduknya dan mendekati skrin di hadapan. 

"Boleh saya terangkan? Memandangkan saya terlibat secara terus dengan benda ni" Jee Yeon meminta izin pada Mejar Rahman. 

"Okay, macam mana benda ni boleh ada kaitan dengan Malaysia, satu, negara besar nak jadikan Malaysia sebagai kambing hitam dalam kes ni sebab apa, mereka semua pandang rendah pada negara kecil macam ni nak dibandingkan dengan mereka yang ada kuasa lebih besar" Jee Yeon mulakan menjelaskan. 

Semua yang ada di dalam bilik itu sudah berasap telinga dengar bila negara hanya dijadikan kambing hitam. Sungguh mudah negara luar pijak kedaulatan negara. 





"Dua, memandangkan Malaysia pernah ada kes dengan Korea Utara sebelum ni, buatkan kuasa besar Korea Selatan makin yakin untuk jadikan Malaysia sebagai kambing hitam. Tujuannya, yeah, selamatkan diri sendiri." sambung Jee Yeon lagi. 

"Kurang ajar!" Mejar Rahman tumbuk kuat meja di hadapannya. 

Terhinjut bahu Dhia akibat terkejut. Cepat-cepat Nafidz usap bahu isterinya cuba menenangkan. 

"Then macam mana Hamzah dengan Albert boleh sampai sini? Apa tujuan dorang sampai kami macam babi buta jejak mereka semua" Syafiq bersuara. 

"Tujuannya hanya satu, cari Dhia, dapatkan Dhia, sebab macam kita tahu Dhia adalah kunci dalam kes ni" Jee Yeon bersuara yakin. 

Semua mata terus memandang wajah Dhia, Dhia terus mengeratkan genggaman tangannya dengan Nafidz. 

"Puan, puan tahu apa kuncinya?" Mejar Rahman bertanya. 

Dhia pandang wajah atasan suaminya, kemudian wajah Nafidz dan berakhir pada Jee Yeon. Jee Yeon mengangguk kecil sebagai tanda memberi sokongan. 

Perlahan-lahan Dhia menganggukkan kepalanya. Mejar Rahman menghela nafas panjang. 

"Jee Yeon, apa tujuan sebenar dalam kes ni sekarang ni?" Mejar Rahman kembali bertanya, sugul saja wajahnya sekarang. 

"Pada asalnya cuma satu, cipta blueprint senjata pemusnah bagi persiapan apa jua serangan dari pihak Korea Utara. Macam kita tahu sampai sekarang perang Korea Selatan dan Korea Utara tak habis pun sebenarnya. Bila Korea Utara tahu tentang blueprint tu, pihak mereka dengan negara ally mereka mulakan tindakan."

"Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, NIS arahkan mereka yang terlibat ambil semua maklumat blueprint dan maklumat mereka masukkan dalam satu cip berlainan, kiranya pisahkan. Kalau ikut susunan asal, cip blueprint adalah cip pertama yang dicipta, kemudian rahsia ketenteraan negara, dan last maklumat pencipta dan kunci."

"Tapi, satu hari bila Ha Neul mati, semua jadi kucar-kacir." berkerut kening Jee Yeon bila dia ceritakan kejadian itu semula. 

"Hamzah dengan Albert masing-masing hilang tanpa jejak, yang kami dapat cuma kesemua cip dah hilang. Bila siasat, pihak Korea Utara dah mulakan serangan senyap mereka"

"Jadi saya sendiri ketuai misi NIS untuk jejak Hamzah dan Albert. Tujuan kami dapatkan semula cip sebelum Korea Utara dapat. Tapi kami silap langkah bila dapat tahu Korea Utara dah bekerjasama dengan pengganas dan salah seorang yang terlibat adalah ex special force dari Malaysia sendiri. Jadi, sebab itu, saya sendiri turun ke Malaysia untuk jejak Dhia, Hamzah, dan Albert" Jee Yeon menjelaskan semuanya. 

Jatuh air mata Dhia bila dengarkan semuanya dari Jee Yeon, cepat-cepat dia kesat air matanya. 

"Dan saya, Nafidz dan anak-anak buah dia dah dapat kenal pasti siapa ex special force yang terlibat tu tuan" Jee Yeon bersuara lagi

Mejar Rahman pandang ke semua bawahannya. 

"Siapa?" dingin suara Mejar Rahman bertanya. 

"Code name Taran"

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now