"Ya Allah anak aku!"
Laju langkah Puan Isabella mendekati katil wad itu. Terkejut bukan kepalang melihat keadaan Dhia Delisha yang menyayat hati.
Dhia Delisha ukir satu senyuman manis cuba untuk tunjuk yang dia tak apa apa.
Puan Isabella terus peluk tubuh gadis kecil itu, ubun-ubun kepala Dhia dia cium. Tengku Nawra juga peluk Dhia Delisha selepas itu.
Dia juga sedih melihat keadaan Dhia.
"Mesti sakit kan sayang, ya Allah, sampainya hati dia buat macam ni" sebak suara Puan Isabella.
"Dhia, feeling better ?" Tengku Sayf bertanya.
Dhia Delisha senyun kecil kemudian mengangguk, tandakan dia okay saja.
Jujur hatinya, badan dia masih lemah dan sakit. Tapi, dia taknak tambah risaukan keluarga itu.
"Mama bawa ayam masak merah, Dhia makan ya sayang, Fidz kata Dhia tak makan lagi" Puan Isabella usap kepala Dhia.
Dia mengangguk. Tengku Nawra bantu dudukkan Dhia Delisha, Tengku Nafidz, Tengku Sayf, dan Tengku Nufail duduk di tepi.
Puan Isabella suap nasi untuk Dhia Delisha memandangkan tangan gadis itu berbalut. Sesekali Tengku Nawra lap comot di bibir Dhia Delisha.
Mereka berdua melayan Dhia Delisha bagaikan puteri. Tiba-tiba air mata Dhia Delisha mengalir. Dia tak dapat tahan lagi air matanya dari tadi.
Kalut Puan Isabella lap air mata Dhia Delisha.
"Makan ya sayang, sikit lagi" lembut Puan Isabella bersuara.
Tengku Nawra usap bahu Dhia Delisha cuba memujuk.
"Terima kasih...sorry, Dhia banyak susahkan semua, maafkan Dhia" perlahan suara Dhia Delisha.
"Allah, Dhia, you never a burden to this family, you are our daughter now." Tengku Sayf bersuara sambil bangun mendekati katil Dhia.
Wajah gadis itu ditatap lembut cuba yakinkan.
"Ya sayang, semua dalam keluarga ni dah anggap Dhia ahli keluarga ni. Janganlah Dhia salahkan diri sebab konon menyusahkan. Tak sayang, Dhia anak mama dengan papa"
Puan Isabella usap kepala Dhia Delisha tenangkan gadis itu. Tengku Nafidz tersenyum melihat kedua ibu bapanya menyayangi buah hati.
'Sikit lagi heheh'
"Lelaki yang buat dia macam mana?" Tengku Nufail bisik perlahan di telinga Tengku Nafidz.
"Is dah bawa masuk dalam, tunggu jatuh hukuman, I hope dia dapat hukuman yang setimpal" dingin suara Tengku Nafidz.
Mengingatkan betapa kejamnya Azlee pukul Dhia Delisha. Lebih mengejutkan dia bila Nabila bagitahu, sepanjang dia dan Dhia Delisha bercinta, Azlee sering pukul Dhia, pijak kaki Dhia adalah sesuatu perkara yang selalu Azlee buat.
Kononnya nak kawal Dhia bagi dengar cakap dia. Lelaki dayus huhh!
Dua hari selepas itu, Dhia dah boleh keluar untuk pulang ke rumah. Tengku Nawra yang akan jemput Dhia bawa pulang.
Di dalam bilik wad, Dhia sedang bersiap sambil menunggu kedatangan Tengku Nawra untuk menjemputnya.
Tok tok tok!
Pintu bilik wad dibuka, Dhia Delisha berpaling ke arah pintu. Tengku Nawra mendekati Dhia.
"Dah siap dah?"
Dhia mengangguk.
"Jom"
Sementara Tengku Nawra uruskan hal bil hospital, Dhia Delisha duduk di tempat menunggu.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...