56

1.6K 45 0
                                    

Kini Danny sudah dibelasah oleh Jee Yeon dan Hudzaifah. Aryan sudah pulang ke India bagi mengetuai misi yang lain. 

Nafidz pula setia menemani isterinya di hospital setelah berjaya diselamatkan. Nabila juga sudah selamat dirawat di hospital yang sama. 

Hanya mereka berlainan bilik sahaja, memandangkan Hudzaifah dan Nafidz yang meminta bilik asing bagi memudahkan keluarga masing-masing datang melawat. 

Nafidz genggam erat tangan isterinya, elok saja doktor keluar dari bilik pembedahan, doktor mengkhabarkan berita yang Dhia mengandung 3 minggu.

Dan syukur kandungannya kali ini kuat walaupun badan Dhia sudah diseksa. Sungguh kebesaran Tuhan itu tidak dijangka. 

Terus Nafidz membuat sujud syukur disitu, masuk saja di dalam bilik wad isterinya, terus dia mencium dahi Dhia lama. 

"Sayang, sayang mengandung. Sayang mengandung anak kita. Sayang kuat sangat hadapi semua ni" Nafidz usap pipi Dhia dengan lembut. 

Tak berhenti dia mencium dahi dan pipi Dhia. 

"Sayang bangun nanti, abang janji, abang bagi sayang makan mcflurry. Sayang nak mcflurry kan haritu" masih dia ingat yang Dhia asyik minta oreo mcflurry kegemarannya. 

Tak lama kemudian, bunyi ketukan pintu menyentakkan Nafidz. 

Seluruh ahli keluarganya sudah tiba. Nafidz bangun memberi laluan untuk Puan Isabella duduk di kerusi tepi katil Dhia. 

Puan Isabella dan Tengku Nawra sama-sama duduk di tepi katil. 

"Assalamualaikum anak mama..." sebak Puan Isabella bersuara. 

Tengku Nawra mengusap bahu ibunya cuba memberi semangat. 

"...anak mama kena kuat, anak mama kena kuat semangat, nanti anak mama ni bangun...mama masakkan ayam masak merah ya" terus laju air mata wanita tua itu mengalir. 

"Mama tunggu Dhia bangun, mama tunggu, Fidz tunggu, semua tunggu" Puan Isabella usap pipi Dhia.

"...Dhia bangun nanti, mesti Dhia gembira sangat, sebab Dhia..." Puan Isabella makin sebak.

"...Dhia mengandung..." menangis mereka semua di dalam bilik itu.

"...kalini anak mama ni kuat sangat. Dhia cepat bangun ya sayang" pipi Dhia diusap dengan penuh kasih sayang.

Dahi Dhia, Puan Isabella cium lama dengan kasih.

Tak lama kemudian, pintu bilik itu diterjah masuk. Masing-masing terkejut.

Hudzaifah tak sempat nak menghalang tangan Nabila itu dari terus terjah pintu bilik wad Dhia.

Masing-masing di dalam bilik itu hanya diam, Nabila perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik.

Dia pandang kesemua insan yang ada di dalam bilik itu. Sehinggalah matanya berhenti pada tubuh yang berada di atas katil itu.

Wayar hospital yang berselirat, pam oksigen yang dipakai pada Dhia.

Nabila duduk di kerusi tepi katil Dhia. Air matanya terus mengalir. Hudzaifah yang ingin menghalang Nabila terus ditahan oleh Nafidz.

Lelaki itu menggeleng tanda menghalang. Mereka beri ruang kepada Nabila.

"Dhia" Nabila genggam tangan Dhia.

"Dhia bangun, jangan tinggalkan aku sorang-sorang. Aku dah janji dekat kau nak  bagi mcflurry" Nabila sudah menangis kuat.

Genggamannya makin erat.

"Dhia kau mengandung...kau mengandung Dhia. Kau selalu cakap dekat aku, kau tak sabar nak jadi seorang ibu..."

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now