2023, Kuala Lumpur
Sebuah kereta Jaguar XF hitam sampai di sebuah kem, Nafidz turun dari kereta dan melangkah ke arah dataran.
Dimana, terdapat beberapa anggota sedang berlatih kawad untuk kawad perbarisan hari kemerdekaan akan datang.
Sampai sahaja di dataran, Nafidz segera pergi ke arah askar-askar yang sedang bersiap sedia untuk latihan kawad bagi pasukan elit.
Namanya juga naik untuk menyertai perbarisan kemerdekaan pada tahun ini.
"Lambat kau sampai mat" tegur Syed Amirul.
Mereka sedang meregangkan badan sebelum mulakan latihan kawad.
"Aku baru habis ops la, baru masuk duty" jawab Nafidz. Syed Amirul hanya mengangguk sebagai balasan.
Di lapangan itu, semua berlatih dengan bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk mereka menunjukkan kepada rakyat akan kekuatan tentera Malaysia.
Beberapa aset ketenteraan juga akan dipamerkan di khalayak ramai semasa hari tersebut.
Selesai sahaja latihan kawad, Nafidz dan rakan-rakannya salin pakaian dan rehatkan diri di bilik pejabat Nafidz.
Bilik Nafidz memang menjadi port mereka setiap hari.
Syafiq dan Syed Amirul terus labuhkan duduk di kerusi pejabat Nafidz. Hudzaifah tidak turut serta memandangkan dia perlu jumpa atasan merrka sebentar.
"Mesti ramai kan datang nanti, jadi retis aku nanti, tak sabar hahaha" Syafiq mulakan perbualan mereka bertiga.
"Ada ke orang nak tengok kau, dengan capang kau tu" Syed Amirul mula mengusik rakannya.
Nafidz rehatkan badannya dengan bersandar di kerusinya. Mata dipejam akibat letih sedikit akibat kawad di bawah matahari.
"Eh, capang capang jangan main eh, mak aku kenankan Nabil raja lawak tu tau masa mengandungkan aku, sebab tu telinga aku capang" Syafiq mula bidas.
Syed Amirul ketawa kecil saat dengar jawapan Syafiq, tak sangka itu sebabnya.
"Aku ingat sebab kau suka tengok cerita toyol, telinga capang" Syed Amirul menambah lagi.
"Kau ni, kutuk ciptaan Tuhan, tak bagus" jawab Syafiq dengan muka tak puas hati.
Terus meletus tawa Syed Amirul saat itu. Nafidz hanya pamerkan wajah datar.
Sudah lali dengan kerenah dua orang rakannya ini. Suis otak tak betul dekat saraf-saraf tu.
Macam mana jadi askar pun tak tahu la.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...