BAB 5

7.7K 324 14
                                    

SELESAI makan murtabak maggi, Alisya duduk di kerusi belah rotan di laman luar Villa bersama segelas Hazelnut Latte yang dibancuh tadi. Kedua belah lutut diangkat naik dan dirapatkan ke dada. Pandangan ditala ke dada langit. Setiap kali dia rindukan arwah ibu, ayah dan anaknya, Alisya akan memandang kearah langit mengharapkan orang yang dirindui itu boleh melihatnya yang dibawah ini.

Apatah lagi dia baru saja lepas termimpikan arwah anaknya itu. Agaknya kalau anaknya masih hidup sekarang, begitulah raut wajah kanak-kanak itu.

"Ya Allah, rindu..." rintih Alisya. Kelopak matanya mula bertakung kembali. Masih terasa pelukan anak kecil itu ditubuhnya.

"Kenapa duduk sini?" tegur Aaqif. Dia menghampiri gadis itu dan melabuhkan duduk dikerusi yang terletak bersebelahan dengan Alisya. Melihatkan tubir mata yang berair, tahulah dia gadis itu sedang menahan diri dari menangis.

Alisya hanya diam dan mengendahkan soalan Aaqif. Sikit pun dia tak menoleh memandang wajah tampan disebelahnya. Matanya masih ralit merenung langit gelap yang hanya dihiasi dengan cahaya bulan.

Lama mereka mendiamkan diri sementelah masing-masing berada dalam dunia sendiri. Aaqif yang tunak merenung wajah Alisya dari sisi manakala Alisya yang ralit memandang langit malam.

"Did you have a nightmare just now, little bunny?" tanya Aaqif perlahan memecah kesunyian.

Tersentak Alisya dari dunianya. Dia menoleh memandang Aaqif yang masih setia memandangnya.

"Why?" tanya Alisya ringkas.

"Siapa Aafif?" tanya Aaqif tak berlapik. Dari tadi dia menahan diri dari bertanya. Walaupun nama itu agak sinonim padanya tapi berapa juta pula Aafif atas muka bumi ini.

Terbungkam sekejap Alisya mendengar soalan itu. Dia dengar?

"I told you, kau mengigau. Kau meracau panggil nama Aafif. Siapa?" kata Aaqif lagi bagai mengetahui apa yang bermain difikiran gadis itu.

Alisya mengalih pandangan mendongak semula memandang langit. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihela panjang. Mungkin sudah sampai masanya lelaki itu tahu kewujudan anak mereka.

"Aafif Eyden," jawapan Alisya cukup menyebakkan dada Aaqif. Jadi betullah tanggapannya, Aafif yang disebut gadis itu adalah arwah anak mereka.

"Your son," sambung Alisya lagi. Dia menoleh mencari sepasang mata dark hazel itu untuk melihat reaksi lelaki itu. Namun, dia disajikan dengan linangan air mata dibirai mata itu.

"You knew it," gumam Alisya perlahan. Aaqif memilih untuk diam. Dia sendiri kehilangan kosa kata. Berbakul makian pada diri sendiri selepas dia mengetahui segalanya tentang hidup Alisya. Bodohnya dia rasakan dengan tindakan melulu dia.

"It's not a bad dream. It's a dream that I've been waiting for the past seven years. Tujuh tahun dia tinggalkan aku, tapi baru hari ni dia masuk dalam mimpi aku. Dia pegang tangan aku, dia peluk aku. Dia panggil aku mummy..." serak suara Alisya menahan sebak yang bertandang. Seketika dia tersenyum hambar sebelum menyambung.

"Besar dah dia. Handsome, macam daddy dia. Kalau dia hidup lagi, mesti aku boleh peluk cium dia hari-hari. Aku tak sempat pun tengok dia merangkak. Aku tak sempat tengok dia berjalan. Aku tak sempat tengok dia membesar depan mata..." air matanya mula deras mengalir. Pertama kali dia luahkan semua ini pada orang dan dia sendiri tak tahu kenapa depan lelaki ini lancar saja mulutnya untuk meluah.

"Aku minta maaf, Dania. Aku betul-betul minta maaf," lirih suara Aaqif memohon maaf buat kesekian kalinya.

Makin laju air matanya turun membasahi pipi. Namun, hanya dibiarkan tanpa diseka. Baru beberapa jam bertemu semula dengan lelaki ini, sudah berapa kali dia menangis. Terasa sangat lemah dirinya sekarang.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now