BAB 68

5.4K 284 42
                                    

AAQIF segera menompang kepala isterinya dengan tangan. Pipi Alisya ditepuk lembut dengan secebis harapan isterinya akan sedar.

"Sayang, please. Jangan buat abang macam ni...." Tanpa izin, air matanya mengalir deras. Kenapa? Kenapa isterinya? Kenapa bukan dia?

Simpulan tali yang masih berbaki dibuka bersama linangan air mata. Dia rasa lelah yang teramat sangat. Seketika, pandangannya tertancap pada sesuatu yang berkelip-kelip dibawah tangan Alisya yang berada diatas pemegang tangan kerusi itu.

Fius?

Ikatan pada tangan Alisya langsung dibuka. Air mata diseka kasar, berdiri dia menghala muncung pistol tepat pada pemegang kerusi itu.

"Qif, kau nak buat apa tu?" tanya Hayder cemas. Tak mungkinlah dia nak tembak isteri sendiri.

Tidak menjawab soalan Hayder, pandangannya kekal terpasak pada si isteri yang sudah tidak sedarkan diri.

"Three seconds rule, sayang," gumamnya sendiri.

"One,"
"Two,"
"Three,"

Bang!

Sekelip mata, jam yang berdetik tadi terhenti, skrin yang menyala menjadi malap. Namun, hanya beberapa saat sebelum skrin kecil itu kembali menyala dan masa berdetik semula dalam kiraan 10 saat.

"Shit!" Aaqif segera membuka keseluruhan ikatan tali itu, kotak hitam itu diambil dan dicampak ke udara melalui tingkap sebelum kotak itu meletup.

BOM!!

Berombak dadanya cuba mengatur semula nafas dan bertenang untuk berfikir dengan waras. Alisya perlu dihantar ke hospital dengan segera tapi bagaimana dia mahu membawa isterinya keluar dari hutan tebal ini?

Kedua belah tangan naik mencengkam rambutnya kuat. Fikir, Aaqif Danial. Fikir.

Sedang dia dalam dilema, kedengaran bunyi helikopter betul-betul diatas rumah itu.

"Qif, aku dekat atas kau," sapa satu suara garau dari alat komunikasi mereka.

"Zarith?"

"Aku dah cakap apa-apa panggil aku, kenapa kau gerak sendiri?!" marah Zarith, namun sedikit pun tidak diendahkan Aaqif. Kepalanya penuh dengan Alisya.

"Rith... isteri aku. Tolong isteri aku, Rith. She's bleeding..." rayu Aaqif.

Zarith langsung melilit tali keselamatan pada tubuhnya bersedia untuk turun ke bawah. Tiada tempat untuk helikopter mendarat di bawah.

"Aku turun sekarang. Bawa Alisya keluar dari rumah tu," kata Zarith.

Tanpa berlengah, dengan daya yang tersisa, tubuh Alisya dicempung menuruni tangga dan berlari keluar dari rumah usang itu. Zarith yang sudah menunggu dibawah bersama stretcher bersedia untuk menerima Alisya.

Aaqif membaringkan isterinya perlahan-lahan diatas stretcher. Cangkuk keselamatan dipasang pada kedua belah besi. Tali pinggang keselamatan turut dililit pada pinggang Alisya dan bersedia untuk dibawa naik.

"Please be safe, sayang..." kucupan lembut dilabuhkan ringkas didahi bersih isterinya.

Bahu Aaqif ditepuk perlahan sebelum Zarith dan Alisya naik ke udara. Pandangan Aaqif terpasak sayu pada isterinya yang sedang diangkat naik ke udara sehingga helikopter itu berlalu meninggalkan kawasan itu.

Hilang sahaja kelibat helikopter dari pandangannya, mata dipejam rapat. Aaqif menarik nafas dalam dan dihembus panjang. Dia perlu mencari adiknya. Berdasarkan pada bahan letupan yang dipasang pada isterinya, Aaqif yakin bom itu memang sengaja dicipta untuk meletup juga pada akhirnya. Fius itu merupakan perangkap.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now