BAB 51

5.2K 220 35
                                    

RUMAH mewah dihadapannya dipandang penuh kagum. Terasa dirinya sangat kerdil tika ini. Layakkah dia menjadi salah seorang ahli keluarga hebat ini?

"Jom, masuk. Mummy dah tunggu."

Suara garau itu membawa dia kembali ke realiti. Nafas ditarik sedalam yang mungkin cuba menenangkan rasa gemuruh dihati.

"Assalamualaikum, Datin," sapa Laura sopan. Tangan dihulur untuk menyantuni orang tua itu. Kekok dirasakan kerana dia tidak biasa bergaul dengan orang tua.

Datin Danisa melempar senyuman manis sambil menyambut huluran salam Laura. Sejuk hati tuanya melihat wajah lembut gadis itu.

Kaku Laura saat tubuhnya ditarik ke dalam dakapan. Kehangatan pelukan seorang ibu yang tidak pernah dirasai selama 24 tahun dia bernafas. Usapan lembut di belakang tubuhnya menambah sayu dihati. Dikerdip-kerdip matanya menahan dari gugurnya mutiara jernih ke pipi.

"Terima kasih, Laura," bisik Datin Danisa lembut sebelum dilepaskan pelukan mereka.

"Janganlah berdatin dengan mummy. Panggil mummy je. Jom, masuk," jemput Datin Danisa mesra pada Laura dan Darwish. Tangan Laura digenggam dan ditarik masuk ke dalam Mansion.

"Daddy dengan adik mana, my?" soal Aaisy seraya menapak masuk ke Mansion mereka.

"Daddy dekat ofis lagi, balik lewat katanya. Adik ada dekat atas tu, tengah study. Esok exam dia kata, jangan ganggulah."

Aaisy hanya mengangguk faham.

Tangan Laura yang tidak lepas digenggaman dibawa ke meja makan. Selepas menerima panggilan dari Aaisy yang dia mahu membawa pulang Laura, terus Datin Danisa menggoreng cucur udang sebagai minum petang mereka. Duduk dilabuhkan diatas kerusi bersama hidangan yang sudah tersedia.

"Ni, Laura dengan Darwish dari mana?" soal Datin Danisa. Piring kecil diambil dan diletakkan beberapa cucur udang sebelum dibawa dihadapan Laura.

"Terima kasih, Dat― mummy," ucap Laura perlahan. Tersentuh dia apabila Datin Danisa mengusap lembut kepalanya bersama senyuman. Lapang rasa hati Aaisy melihat layanan Datin Danisa pada Laura.

"Kami dari train― arkkk!"

"Dari ofis lah, my," selar Aaisy selepas dia menyepak kaki Darwish dari bawah meja supaya lelaki itu tidak terlepas kata.

Berkerut-kerut dahi Darwish mengusap kakinya. Tahulah dia kembar itu menyembunyikan kegiatan yang satu itu dari pengetahuan ibu bapa mereka.

"Laura pun kerja dengan Qif ke?" tanya Datin Danisa pada Laura.

"Err..."

"Haah, my. Senang sikit... nak... tengok..." Bola matanya meliar ke tempat lain selepas menyedari kata-kata sendiri.

"Amboi, belum apa-apa dah tak boleh berenggang," usik Datin Danisa. Suka dia melihat sisi anaknya yang satu ini. Nampak matang.

Laura hanya menundukkan kepala. Segannya dah tak boleh dibawa bincang. Rasa nak timbus kepalanya dalam lubang jamban lepas tu flush.

"Mummy tanya terus-teranglah eh? Laura nak buat majlis tunang? Kalau nak kita buat terus hujung minggu ni." Tak sabar dia mahu menerima menantu baru dalam keluarganya.

Terkebil-kebil Laura mendengar soalan Datin Danisa. Dia memandang Aaisy meminta bantuan namun lelaki itu seperti sengaja mengelak dari bertentang mata dengannya. Pandangan dialih pula pada Darwish, namun lelaki itu tengah sedap melantak cucur udang.

"Err... Laura tak kisah, mummy. Kalau tak buat pun tak apa," jawab Laura perlahan. Masih kekok rasanya, terasa semua ini sangat drastik dan tiba-tiba.

"Kalau tak nak buat pun, kena ada cincin. Nanti kita pergi cari cincin. Ataupun, kita buat kenduri kesyukuran je terus untuk Aaisy dengan Laura, untuk bakal cucu mummy dan untuk sambut Alisya dapat tawaran sambung belajar. Okey tak?" soal Datin Danisa seraya menoleh pada Aaisy yang sedang menyuap masuk cucur udang ke dalam mulut meminta pendapat.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now