BAB 6

7.2K 301 11
                                    

USAI menunaikan solat subuh di masjid berdekatan, Aaqif terus memandu pulang ke rumah orang tuanya. Mereka duduk berbincang di meja makan sambil menikmati sarapan yang disediakan oleh Datin Danisa. Aaqif sendiri yang memutuskan untuk berbincang. Bagi dia, ini masa yang sesuai untuk ahli keluarganya tahu apa yang berlaku lapan tahun lalu.

Awalnya, marah juga kedua orang tuanya apabila mengetahui anak mereka telah merosakkan anak dara orang sehingga mengandung. Hampir-hampir Dato' Aashraf menghala senapangnya pada anak sulungnya itu kerana melakukan perkara terkutuk seperti itu, namun ditegah oleh Datin Danisa.

Aaisy lagilah bengang. Duduk serahim dari kecil kut, boleh pula abang kembarnya itu merahsiakan perkara sebesar ini darinya. Memang muncung sedepa Aaisy. Patutlah gadis itu tiba-tiba berhenti kolej dan menghilangkan diri. Bila ditanya pada Aaqif, abangnya hanya menjawab tak tahu dan memberitahu bahawa dia sudah memutuskan hubungan dengan gadis itu.

"So, apa plan kamu, Qif?" soal Dato' Aashraf. Mereka baru selesai bersarapan.

"Qif nak kahwin dengan Alisya secepat mungkin. Daddy dengan mummy tolong Qif eh? Dato' Fareez dengan Datin Melina tu kan kenalan lama mummy dengan daddy," jawab Aaqif.

Dato' Aashraf dan Datin Danisa berbalas pandangan sebelum mengangguk kecil.

"Nanti daddy jumpa dengan si Fareez tu," putus Dato' Aashraf.

"Qif ada gambar cucu mummy?" tanya Datin Danisa. Teringin betul dia melihat wajah arwah cucunya.

"Kejap," Aaqif mengeluarkan dompetnya dari poket seluar dan menarik keluar sekeping gambar bersaiz kecil yang disimpan elok didalam dompetnya. Gambar itu dihulurkan pada Datin Danisa.

"Masya-Allah, comelnya. Abang tengok ni cucu kita," bergenang air mata Datin Danisa bersama senyuman dibibir tua itu sambil menunjukkan gambar si comel pada suaminya.

"Sebiji muka Qif dengan Aaisy masa baby dulu," sambung Datin Danisa.

"Siapa namanya?" tanya Dato' Aashraf pula.

"Aafif Eyden," jawab Aafif bersama senyum nipis. Gambar itu dipulangkan semula pada Aaqif dan dimasukkan kembali ke dalam dompetnya. Itulah penguatnya sekarang. Dia perlu perbetulkan segalanya.

"Mana adik, mummy?" Aaqif baru tersedar, adik perempuannya tiada bersama mereka pagi ini.

"Dia overnight rumah Mel, katanya ada study group. Kejap lagi dia baliklah tu," balas Datin Danisa.

Aaqif hanya mengangguk faham. Kepalanya menoleh kearah Aaisy disebelah yang sedari tadi hanya membisukan diri, menguis pinggan kosong dihadapan dengan bibir yang tercebik. Sikunya dibawa menyenggol Aaisy.

"Merajuk lagi? Kalah perempuan lah kau ni," kutuk Aaqif selamba.

"Diamlah," Aaisy merengus kasar dan menjeling Aaqif tajam sebelum dia bangkit membawa diri ke dapur bersama pinggannya.

Datin Danisa hanya menggelengkan kepala melihat perangai anak keduanya itu. Kuat betul merajuk. Ikut perangai siapalah tu. Dikerling sekilas suaminya yang hanya menayang wajah bersahaja. Sedikit pun tak hairan melihat anak-anak. Bapa borek, anak rintik.

"Assalamualaikum," terjengul wajah Aanisa Dahlia, anak bongsu Dato' Aashraf dan Datin Danisa bersama kawan baiknya, Melisa di muka pintu.

"Waalaikumsalam, awal balik anak mummy? Eh, Mel pun ada? Mari masuk," pelawa Datin Danisa ramah.

"Mummy tak suka ke Lia balik awal?" cemberut wajah Aanisa, hanya pegun berdiri di muka pintu. Menjauh hati dengan pertanyaan si mummy.

"Lah, mana ada tak suka. Mummy tanya je, biasanya Lia balik kan lambat, jalan-jalan dululah, apalah. Ish mengadanya budak ni. Sini, tak nak peluk mummy dah?" bebel Datin Danisa. Selain Aaisy, anak bongsunya ini pun lebih kurang juga manjanya. Pening kepalanya melayan.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now