BAB 70

7.4K 243 11
                                    

DUA MINGGU berlalu selepas Aaqif sedar dari koma. Hari ini dia sudah dibenarkan untuk pulang selepas doktor mengesahkan keadaan dia semakin stabil dan membaik hari demi hari. Macam mana tak stabil, hari-hari ada bidadari yang menemani.

Gembira dan gemuruh kian bersatu. Dia bakal bertemu enam mata dengan anak kembarnya buat pertama kali. Sepanjang dihospital, sekali pun Alisya tak pernah membawa anak kembar mereka bersama setiap kali datang melawat. Alasannya, dia mahu Aaqif jadikan itu sebagai semangat untuk sembuh dengan cepat.

Siapa sangka, taktiknya menjadi. Tanpa bantahan dan dalih, Aaqif merelakan dirinya untuk menjalani rawatan itu dan ini sepanjang dalam tempoh pemantauan doktor semata-mata mahu keluar dari hospital secepat mungkin. Jangkaan tiga minggu dari doktor untuk Aaqif sembuh sepenuhnya sebelum dibenarkan pulang menjadi dua minggu gara-gara semangat lelaki itu yang sudah tak mampu menahan perasaannya untuk berjumpa dengan si kembar.

Langkah saja kaki Aaqif masuk kedalam Mansion Dato' Aashraf, dia disapa dengan Aayrel yang sedang cuba merangkak dengan pantauan dari Datin Danisa.

Bulat mata light hazel itu mendongak memandang figura yang sedang menghalang laluannya. Lebih bulat mata dark hazel Aaqif memandang si kecil dibawah sebelum perlahan-lahan kepala menoleh ke sisi memandang Alisya.

Alisya hanya senyum dan mengangguk kecil. "Your first born, Aayrel," beritahu Alisya.

Aaqif langsung duduk bertinggung dan memandang saja wajah comel si kecil sebelum perlahan-lahan tubuh kecil itu semakin menyenget mahu jatuh akibat hilang keseimbangan. Pantas Aaqif menyauk masuk kedua belah tangan dibawah ketiak si kecil dan diangkat Aayrel ke dalam dukungan.

"Hi, little buddy," sapa Aaqif sebelum keseluruhan wajah Aayrel dicium Aaqif tanpa henti. Mengekek Aayrel ketawa kegelian.

"He got your eyes," kata Aaqif pada Alisya.

"And she got your eyes," balas Alisya bersama pandangan yang terpasak pada si kecil Aayris yang sedang cuba merangkak ke arah mereka bertiga.

Aaqif mengalih pandangan ke arah Aayris. Alisya terus mendapatkan anak perempuannya apabila dia melihat Aayris bersusah payah untuk mendekati mereka. Si kembar itu baru sahaja mahu belajar merangkak.

"My eyes with your cheeks. God, so cute. Hi, little angel," Bersinar-sinar mata Aaqif memandang anak perempuannya. Pipi montel Aayris turut menjadi mangsa gomolan Aaqif. Geram tak terkata.

"Doa abang termakbul," kata Alisya sebelum tawa mereka bersabung.

Mata-mata yang memandang turut tersenyum melihat keluarga kecil itu. Syukur, akhirnya keluarga mereka kembali lengkap setelah sekian lama.













"AAYREL, come here to daddy," Lantai yang sudah sedia dialas dengan karpet gebu untuk keselesaan si kembar bermain ditepuk-tepuk menyuruh anak lelakinya yang sedang merangkak datang kepadanya.

"Aayrel, pak ngah is here. Come," Aaisy juga tak mahu kalah. Dia duduk disebelah Aaqif dan berusaha mengambil perhatian Aayrel.

Aayris yang berada dipangkuan Aanisa hanya memandang dua jejaka itu silih berganti bersama puting didalam mulut.

Aayrel memulakan langkahnya menuju ke arah Aaqif sebelum dia berhenti akibat tersentak dengan suara Aaisy.

"Aayrel Daniesh, pak ngah yang jaga kau tau selama ni. Kau kenal ke mamat sebelah ni? Meh sini," omel Aaisy. Tangannya tak henti menepuk-nepuk karpet menanti kedatangan Aayrel.

"Kau apahal nak curi anak aku? Buatlah anak sendiri. Aayrel, come here buddy," panggil Aaqif pula. Ditolak jauh Aaisy dari pandangan Aayrel.

Terkebil-kebil mata Aayrel memandang mereka berdua sebelum dia menyeimbangkan badan untuk duduk. Rehat kejap, penat merangkak. Aayris dalam dukungan Aanisa mula meronta mahu dilepaskan. Aanisa hanya menurut dan meletakkan Aayris dibawah.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now