BAB 55

5.1K 194 9
                                    

MATA dark hazelnya tajam menikam ke arah dua sosok dihadapannya kini. Yang lelaki sedang melutut bersama kedua belah tangan yang digari pada dua palang besi yang bertentangan. Manakala yang wanita sedang dikurung didalam sangkar.

Selepas puas menolak sana menolak sini, sudahnya Hafiy yang datang mengambil Kylo yang sudah tidak sedarkan diri bersama Audi RS7 miliknya. Sempat juga dia membebel.

"Beli kereta bukan main mahal masing-masing tapi kalau muat dua orang je baik kau beli motor!"

Terdiam mereka semua apabila Hafiy yang sangat susah untuk melontarkan ketidak-puasan hatinya itu mula bersuara.

"Bangunkan dia," arah Aaqif dingin.

Splash!

Tersentak Kylo apabila air sejuk menyimbah wajahnya.

Kelopak mata cuba dibuka. Perlahan-lahan pandangan kabur itu mulai jelas dan pandangan pertamanya adalah Aaqif yang sedang duduk diatas sebuah sofa panjang bersilang kaki dan berpeluk tubuh, mencerlung tajam kearahnya tanpa secalit senyuman dibibir.

Menunduk dia menilik tubuhnya yang disapa angin dingin. Baju dan seluarnya sudah hilang entah ke mana. Kini dia hanya berseluar pendek.

"Kau!" Berdenting bunyi besi berlaga apabila dia cuba menggerakkan tubuhnya.

"How does it feels to be there?" soal Aaqif tanpa nada. Soalannya umum, namun Kylo cukup mengerti akan maksud lelaki itu. Kerana situasi ini adalah situasi yang sama seperti lapan tahun lalu. Yang membezakan adalah kedudukan mereka.

"Kau rasa kau tangkap aku ni kau dah menang?" soal Kylo keras.

"Tak. Aku hanya akan rasa menang dan puas bila aku dapat bunuh kau dengan tangan aku sendiri," balas Aaqif bersama senyuman penuh sinis terhias dibibir.

Seketika Aaqif berdecit.

"But you're not challenging me, Kylo. Senang sangat nak tangkap kau. You shoudn't involved yourself with drugs, buddy. Look, now our role is reversed," sambung Aaqif lagi sebelum dia membaling sebilah pisau tepat dibawah abdomen lelaki itu.

Zapp!

"Aarghhhhh!! Fuck!!" Giginya diketap kuat menahan ngilu sehingga terasa kejang perutnya ditusuk pisau itu. Perlahan-lahan darah mula terhasil sebelum menitik-nitik cecair pekat itu di atas lantai.

"Shhh, that is not even 1% of what you did to me," kata Aaqif mendatar. Mata dark hazelnya kini memandang lelaki itu dengan pandangan kosong.

"You... can't even kill me," Bersusah payah dia bercakap dek rasa senak yang mula menjalar.

"Wrong answer."

Zapp! Pisaunya menikam mangsa yang seterusnya, bahu si lelaki.

"Aarghhhh!!! Sial!!" Berdenting kuat bunyi besi berlaga apabila Kylo meronta-ronta kesakitan.

Aaqif mengorak langkah perlahan-lahan menghampiri dengan wajah tegang.

"It's not that I can't kill you. But I chose to not kill you.... yet." Perlahan dan keras suara garau itu berbisik dihadapan mangsanya sebelum dia bertindak mencabut kasar dua bilah pisau yang masih terpacak.

Sekali lagi meraung lelaki itu dek kesakitan yang maha hebat. Mencurah-curah darahnya jatuh pada lantai basement. Berombak dadanya menahan rasa yang kian mencucuk. Pedih, ngilu yang teramat.

Dua bilah pisau yang sudah disaluti darah dicampak Aaqif ke atas lantai. Dia kembali menghenyak punggung diatas sofa dihadapan Kylo dan Adelia. Berselang-seli pandangannya.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now