BAB 71

5.5K 212 12
                                    

"KAKAK!!"

Alisya merendahkan tubuh bertinggung sambil mendepakan tangannya untuk menyambut kanak-kanak yang sedang berlari ke arahnya itu masuk ke dalam dakapan.

Erat pelukan Aisyah pada tubuh Alisya bagai tak mahu lepas sebelum dia menangkap esakan halus dari bibir Aisyah.

Alisya meleraikan pelukan dan memandang wajah anak kecil itu.

"Aisyah? Kenapa menangis?" soal Alisya cemas.

"Aisyah... Aisyah tak nak duduk sini..." teresak-esak Aisyah menangis.

Alisya mendongak memandang Aaqif yang sedang berdiri memerhati mereka sebelum Aaqif turut duduk bertinggung menyamai ketinggian Aisyah.

"Aisyah nak ikut abang dengan kak Alisya tak?" tanya Aaqif.

"Ikut? Pergi mana?"

"Balik rumah baru. Ada ramai orang dekat sana," balas Aaqif lembut.

"Daddy? Daddy ada ke?" tanya Aisyah.

Terkedu sekejap Aaqif. Adakah anak kecil ini masih mahu bertemu dengan ayahnya? Tergamakkah dia untuk menghapuskan sosok seorang ayah kepada anak kecil ini?

"Aisyah nak jumpa daddy ke?" soalan berbalas soalan.

Sangkaan Aaqif meleset apabila Aisyah menggeleng laju. "Tak nak. Kalau ada daddy, Aisyah tak nak ikut. Daddy tak suka Aisyah, Daddy selalu marah Aisyah..."

Aaqif senyum segaris. Rambut ikal mayang separa bahu Aisyah dielus perlahan. Wajahnya benar-benar mirip Melisa. "Daddy tak ada pun. Aisyah akan ada keluarga baru. Nak?"

"Keluarga?" Terkebil-kebil mata bundar Aisyah berfikir sejenak. Keluarga tu apa? Tapi persoalan itu tak mampu diluahkan, dia hanya kekal membisu.

"Abang masuk dalam dulu, settlekan dokumen. Sayang teman dia dekat sini eh?"

Alisya hanya mengangguk dan menghantar pemergian si suami memasuki ruang pejabat rumah anak yatim itu.

"Jom Aisyah. Kita duduk sana nak? Tunggu abang," ajak Alisya. Tangan Aisyah digenggam dan dibawa ke arah taman permainan kecil yang berada dihadapan bangunan itu sebelum duduk dilabuhkan dibangku berdekatan.

"Aisyah, akak tanya boleh?"

Aisyah sekadar mengangguk.

"Kenapa Aisyah tak suka duduk sini?" Sekadar bertanya, kalau-kalau ada anasir yang tidak menyenangkan berlaku didalam rumah asuhan anak yatim ini.

"Sebab Aisyah tak kenal diorang, Aisyah tak suka," jawab Aisyah ringkas.

"Lepas tu, Aisyah okey ke kalau nak ikut akak dengan abang ni? Nanti Aisyah jumpa dengan orang yang Aisyah tak kenal juga," balas Alisya.

"Siapa?" soal Aisyah kerisauan.

"Ermm ada atuk, nenek, ada aunty dengan uncle, lepas tu ada baby―"

"Baby??" bersinar bola mata Aisyah mendengar perkataan baby.

Alisya tersenyum seraya mengangguk. "Haah, baby. Aisyah suka baby?"

"Suka! Dekat sini pun ada baby banyak. Aisyah selalu main dengan baby je dekat sini," beritahu Aisyah dengan keterujaan.

"Baguslah macam tu. Lepas ni pun Aisyah boleh main dengan baby. Ada dua baby tau," kata Alisya lagi.

"Dua baby??? Kakak dengan abang punya ke?" tanya Aisyah polos.

Alisya ketawa kecil. "Haah, akak dengan abang punya."

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now