BAB 44

5K 231 0
                                    

MALAM kian larut, Aaqif membuka pintu bilik tidur mereka perlahan. Sebolehnya dia tidak mahu Alisya sedar akan kehadirannya. Dilihat isterinya sedang lena. Disebelah katil mereka ada beberapa ubatan.

Aaqif mula diasak rasa bersalah. Perlahan-lahan dia menghampiri. Teragak-agak dia mahu melekap tangannya didahi Alisya untuk memeriksa suhu si isteri.

Panas juga.

Aaqif berlalu ke arah kabinet kecil yang menyimpan beberapa kain tuala kecil. Bilik air dituju dan dia mula membasahkan kain ditangan. Dibawa kain itu dan diletakkan diatas dahi Alisya dengan penuh berhati-hati.

Wajah pucat isterinya direnung penuh rasa rindu yang menggebu. Sejak kahwin, mereka tidak pernah berpisah selama ini.

Dia mula mengorak langkah untuk keluar dan membuatkan isterinya bubur, namun terhenti langkahnya apabila tangannya digenggam lembut. Aaqif menoleh memandang sepasang mata kuyu yang sudah tercelik memandangnya.

"Abang?" serak suaranya menyapa. Perlahan Alisya cuba bangkit untuk duduk.

"So sorry. Abang tak sengaja ganggu Nia tidur," jelas Aaqif. Risau jika isterinya masih marah.

Alisya senyum nipis. Sedikit sebanyak dia terasa suaminya menukar panggilan namanya. Tapi dibuang jauh perasaan itu. Siapa dia untuk persoalkan itu sedangkan dia yang mula berkasar dengan suaminya.

"Abang datang nak jumpa Nia?" tanya Alisya lembut. Dia mengharapkan satu jawapan dari suaminya.

"Abang cuma nak tengok Nia. Aaisy kata Nia tak sihat. Dah makan ubat? Nak bubur tak? Abang buatkan."

"Abang risaukan Nia?" dihiraukan soalan Aaqif.

"Nia masih tanggungjawab abang," jawab Aaqif perlahan.

Bibir dikemam menahan rasa mendengar jawapan suaminya. Bukan itu yang dia nak dengar.

"Nia tak lapar lagi," kata Alisya perlahan.

Aaqif mengangguk kecil. "Kalau macam tu, Nia tidurlah dulu. Abang buatkan bubur kejap nanti boleh makan sebelum makan ubat."

"Nia nak tidur dengan abang boleh?" soal Alisya berani. Dia tak mahu lepaskan peluang bila suaminya sudah depan mata.

Aaqif terbungkam. "Ab... abang..."

"Please... Nia rindu..." sayu suaranya meluah rasa.

Aaqif menatap kedalam anak mata isterinya mencari kejujuran sebelum dia mengangguk kecil. Dihampiri katil mereka dan dia membaringkan diri disebelah Alisya. Alisya terus membenamkan wajahnya diceruk leher Aaqif, menghidu segala wangian dari tubuh suaminya yang dirindui.

"I miss you so bad. Thank you for coming home," gumam Alisya. Air matanya mengalir perlahan. Dia terlalu rindu.

Aaqif terkaku mendengar kata-kata Alisya. Betul ke isterinya dah tak marah? Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut belakang tubuh Alisya.

"Tidur, badan Nia panas ni," kata Aaqif sambil menepuk lembut Alisya.

Tanpa sedar, Alisya terlena semula. Pelukan dileraikan, tangan kekarnya naik mengemaskan rambut Alisya sebelum diusap lembut pipi gebu itu. Tersenyum nipis Aaqif apabila matanya menangkap loket emas pemberiannya dileher jinjang Alisya.

"I miss you more, sayang. I'm sorry," bisik Aaqif. Dilabuhkan kucupan hangat didahi licin itu. Lama, mencurahkan rasa rindu yang terpendam.









ALISYA mencelik mata apabila merasakan ruang disebelahnya kosong. Laju dia duduk tegak. Mata meliar disegenap bilik mencari susuk tubuh suaminya. Dia bermimpi ke? Bingkas dia bangun dan turun dari katil untuk keluar dari bilik tidur mereka sebelum terhenti langkahnya apabila pintu dikuak dari luar dan terpacul wajah si suami yang dirindui.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now