BAB 45

5.8K 235 9
                                    

SELEPAS solat subuh, badan direbahkan semula diatas katil. Tak larat sungguh rasanya. Alisya turut berbaring disebelah si suami. Direnung saja wajah suaminya yang jelas pucat disebabkan alahan. Sebelum subuh tadi pun suaminya muntah lagi. Jatuh kasihan pula Alisya melihat.

Lena Aaqif tidur mengulit isterinya. Hanya bauan Alisya yang mampu mengurangkan rasa mual ditekak. Sebelah tangan mengelus rambut hitam si suami, sebelah lagi tangan membuat pesanan makanan di Grab. Segala yang suaminya teringin nak makan, semua dia order.

Kemudian, dia menghantar pesanan pada mamanya untuk buatkan sup tulang yang diminta Aaqif. Awalnya, Datin Melina persoalkan juga kenapa tiba-tiba menantunya teringin nak makan sup tulang yang dibuatnya tapi atas pujukan Alisya, diturutkan juga.

Notifikasi dari Grab membuatkan Alisya meleraikan pelukan Aaqif perlahan-lahan. Dibetulkan comforter ditubuh suaminya dan dikucup lembut dahi Aaqif sebelum dia bangun dari katil dan berlalu keluar dari bilik tidur mereka untuk mengambil pesanan.

"Terima kasih," Sempat dihulurkan beberapa not ringgit pada rider itu.

Selepas seorang, seorang rider Grab datang menghantar makanan sehingga penuh meja makan mereka. Alisya mengeluarkan satu-persatu makanan dari plastik dan disusun diatas meja.

Seketika, bunyi loceng rumah kedengaran dan Alisya terus menuju ke pintu depan untuk menyambut tetamu.

Buka saja pintu, terjengul wajah mama dan papanya. "Mama! Papa!" Terus didakap tubuh orang tuanya melepaskan rasa rindu. Lama dia tidak berjumpa dengan mama dan papanya.

"Happy birthday, anak mama. Sya sihat ke ni?" soal Datin Melina. Rindu sungguh dia pada anak perempuannya ini.

"Thank you, ma. Alhamdulillah, sihat. Abang yang tak sihat," dibisik hujung ayatnya pada mamanya.

"Kenapa Aaqif tak sihat? Sebab tu ke dia nak sup tulang mama buat?" tanya Datin Melina risau.

Alisya mengangguk bersama tawa kecil.

"Happy birthday, anak papa. Ni mama dengan papa ada beli kek," kata Dato' Fareez pula.

"Thank you, papa. Susah-susah je. Banyak dah makanan Sya beli ni." Diambil kotak kek ditangan Dato' Fareez dan dibawa ke meja makan untuk dihidang.

"Jom masuk, ma, pa. Abang tidur lagi sebab penat muntah dari malam tadi," beritahu Alisya pada orang tuanya.

"Teruk ke Aaqif sakit?" tanya Dato' Fareez.

"Teruk tak teruk, lembik jugalah menantu jaguh papa tu," jawab Alisya sambil tergelak kecil.

"Ni kenapa sampai order banyak-banyak ni, Sya? Siapa yang nak makan?" tanya Datin Melina. Melopong jugalah dia tengok meja makan yang dah penuh dengan bungkusan makanan. Biar betul anak menantunya ni, duduk berdua pun makan banyak ni ke?

"Oh, tu semua abang yang nak makan," jawab Alisya bersahaja sebelum dia menuju ke dapur untuk mengambil pinggan dan mangkuk.

Bulat mata Datin Melina dan Dato' Fareez. Aaqif? Makan semua ni? Tak lama kemudian, loceng rumah berbunyi sekali lagi. Pasti keluarga mertuanya.

"Mummy, daddy!" sapa Alisya mesra dimuka pintu. Ditarik tubuh mertuanya ke dalam dakapan.

"Walaupun lambat sehari, happy birthday, menantu mummy. Mana birthday boy?" soal Datin Danisa apabila tidak melihat bayang anak lelakinya.

"Thank you, mummy. Eh jom masuk. Daddy, Lia, Aaisy, jom masuk. Abang tidur lagi, mummy."

"Tidur lagi?? Pukul berapa dah ni tak bangun lagi?" omel Datin Danisa.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now