BAB 49

5.2K 202 5
                                    

"ABANG, cepat cepat!!" jerit Alisya teruja.

"Kejap, sayang. Airport tu tak lari pun," balas Aaqif sambil menuruni tangga membawa bagasi milik Alisya. Hari ini merupakan hari mereka berlepas ke Semporna, Sabah untuk bulan madu mereka yang sudah tertangguh lama.

Di muka pintu, terpacak Aaisy sedang menanti sambil menyilang tangan ke dada untuk menghantar mereka ke lapangan terbang. Kesabaran cuba dipupuk. Dalam banyak-banyak orang, kenapa dia yang kena hantar dua manusia ni?

"Kau jangan nak buat muka tak ikhlas sangat. Aku tarik PS5 kau balik baru tahu," ugut Aaqif.

Terpaksa diumpan adik kembarnya dengan PS5 semata-mata tak mahu menyusahkan orang tua mereka menghantar mereka ke lapangan terbang.

Aaisy memutar bola matanya ke atas. "Cepatlah, budak-budak aku ada training lagi pukul 2 ni. Aku nak kena pantau," kata Aaisy mendatar.

Berlapis dahi Alisya mendengar kata-kata adik iparnya. "Taining? Training apa?" soal Alisya ingin tahu.

Aaisy berdehem seketika apabila baru tersedar dia terlepas cakap. "Tak... err..."

Aaqif menjegil adiknya. "Tak ada apa, sayang. Dia orang tu nak training futsal. Esok ada tournament," jawab Aaqif bersahaja. Bagi dia, isterinya tak perlu tahu tentang kerja kedua Aaisy selain di syarikatnya.

"Haa, betul. Training futsal," sambung Aaisy mengiyakan kata-kata Aaqif. Iyakan jelah walaupun dia kaki bangku.

Membulat bibir Alisya membentuk huruf 'O'.

"Jom, lambat dah," kata Aaqif selepas selesai memasukkan kesemua beg-beg mereka ke dalam but kereta. Bercuti berdua, tapi begnya macam bercuti lima orang.

Dengan senang hati, Alisya masuk ke dalam kereta bersama bantal penguin pemberian Aaqif. Ah, tak sabarnya! Kepalanya sudah membayangkan keindahan tempat yang sudah lama menjadi idamannya.

Selesai segala urusan check-in dan imigresen, akhirnya mereka masuk ke dalam perut kapal terbang.

Keterujaan Alisya tidak berakhir disitu, belum berlepas lagi, sudah penuh gallery telefonnya dengan gambar pemandangan luar melalui tingkap kapal terbang. Belum termasuk gambar selfie mereka berdua.

Senang hati Aaqif melihat senyuman isterinya yang tak lekang dibibir.

"Sayang happy?" soal Aaqif seraya memasangkan tali pinggang keselamatan di tempat duduk isterinya.

"Happy!! Sangat-sangat!! Nia tak pernah naik kapal terbang, lepas tu Nia boleh naik dengan abang! Pergi tempat yang dah lama Nia teringin nak pergi pula tu! Thank you, abang!" ucap Alisya penuh riang sebelum dikucup pipi Aaqif bertalu-talu.

Tersenyum Aaqif. "Duduk diam-diam, sayang. Nak berlepas dah. Pegang Pingu tu elok-elok. Kalau tak selesa bagitahu abang." Dikemaskan pelukan isterinya pada bantal penguin yang dinamakan Pingu itu.

Teruja Alisya apabila kapal terbang itu mula bergegar menandakan mereka bersedia untuk berlepas. Setelah isyarat tali pinggang keledar dipadamkan menandakan mereka sudah berada diatas awan, Aaqif menoleh pada isterinya yang diam tiba-tiba.

Wajah itu kosong, terpinga-pinga. Matanya berkelip-kelip memandang Aaqif.

"Sayang? Hey." Diketik-ketik jarinya memanggil si isteri yang seakan berada didunia lain namun Alisya hanya memandangnya dengan muka berkerut-kerut.

"Abang..."

"Ya, sayang. Kenapa?"

"Nia rasa Nia dah pekak. Kenapa Nia tak dengar sangat suara abang? Telinga Nia sakit..." adu Alisya polos bersama air mata yang sudah bertakung.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now