BAB 7

6.8K 278 6
                                    

SELESAI makan tengah hari, Aaqif membawa diri ke laman belakang. Duduk dilabuhkan di sisi kolam renang dilaman itu. Mata ditala pada dua orang adiknya yang sedang sibuk mengejar seekor ayam sesat. Entah dari mana datangnya ayam itu.

"Angah! Sana sana! Kepung dia!" jerit Aanisa.

"Mana kau nak lari ha, inchik cikin? Aku tak sabar nak minta Mak Som gulai kau," penuh psiko suara Aaisy kedengaran. Aaisy cuba menghampiri secara senyap namun ayam itu lebih tangkas melarikan diri.

"Angah, dia macam nak lari ikut jalan kecil tu! Cepatlah angah!" jerit Aanisa lagi.

"Dik, kau diam kejap boleh tak? Kau ingat angah tengah buat apa sekarang ni? Karang kau yang aku gulai kejap lagi," marah Aaisy. Adiknya itu bukan membantu pun, tahu mengarah saja.

"Inchik cikin, mari sini? Jangan malu-malu lah. Kita bukan nak buat apa pun, cuma nak gulai kau saja..." omel Aaisy perlahan sambil mendekati ayam itu dari belakang. Ayam tu pun sedap termenung. Tunggu kau.

Pap!

"Kok! Kok! Kok!"

Menggelupur ayam jantan itu apabila diserang hendap dari belakang oleh Aaisy. Dengan bangganya, Aaisy mendukung ayam itu sebelah tangan.

"Yeayyy!!" terlompat-lompat Aanisa kegembiraan, serupa menang World Cup. Menggeleng saja Aaqif melihat.

"Itulah, aku suruh serah diri, kau nak lari-lari. Kan dah kena tangkap," bebel Aaisy.

"Angah, kita minta Mak Som buat kari nak tak? Adik dah lama tak makan kari ayam," kata Aanisa seraya menghampiri Aaisy yang sedang mendukung ayam itu.

"Tak boleh. Angah nak gulai," balas Aaisy.

"Alaa... kari lah..."

"Gulai. Siapa yang tangkap? Angah kan?"

Memuncung bibir Aanisa. Seketika, pandangannya teralih pada satu pemandangan yang agak menggerunkan di belakang Aaisy.

"A― angah..." lengan Aaisy ditepuk-tepuk Aanisa.

"Kejap, dik. Tolong tangkapkan gambar angah dengan ayam ni kejap. Nak upload dekat Instagram," kata Aaisy sambil sebelah tangannya meraba poket belakang seluar untuk mengeluarkan iPhone miliknya.

"Angah!!" naik seoktaf suara Aanisa.

"Apa benda kau ni, dik?" marah Aaisy semula.

Aaqif mengetap bibir menahan tawa. Malas dia nak masuk campur. Biar, siapa suruh kacau ketua keluarga orang?

"Tu... tu tu belakang angah!" jari telunjuk Aanisa naik menunjuk kearah belakang Aaisy.

Terbuntang mata Aaisy melihat sekumpulan ayam sedang meluru kearah mereka dengan wajah marah. Tindakan spontan, dilambung saja ayam ditangannya ke udara. Mencicit mereka berdua berlari keliling kolam.

"Kok! Kok! Kok!"

"Mummy!!!"

Dua pusingan mereka berlari mengelilingi kolam, ternampak pintu belakang yang baru dibuka oleh Datin Danisa. Laju saja mereka membuka langkah besar meloboskan diri ke dalam rumah. Mengekek Aaqif ketawakan adik-adiknya.

Terkejut Datin Danisa yang baru saja mahu keluar ke laman, tiba-tiba dirempuh oleh dua beradik itu. Itulah, tak ada masalah, cari masalah. Kan dah berlari tak cukup tanah.

"Apalah nak jadi budak-budak ni. Tengok adik-adik kamu tu, Qif. Besar panjang dah tapi perangai..." Datin Danisa menghampiri anak sulungnya dan melabuh duduk disebelah Aaqif.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now