BAB 39

5.4K 209 3
                                    

"YANG kau ni tak reti nak balik ke macam mana?" soal Darwish pada Aaisy yang santai aja makan buah epal yang dipotong Laura tadi. Aaqif dan Alisya sudah lama minta diri, dia ni kenapa dekat sini lagi?

Dimasukkan lagi satu potongan epal ke dalam mulut. "Sedaplah epal ni, beli mana? Aku nak minta mummy aku belikanlah," kata Aaisy bersahaja.

Darwish mengeluh nipis. Nak berehat pun tak senang. Dilihat sekeliling, memastikan Laura tiada. Gadis itu keluar untuk mencari kudap-kudapan buat Darwish.

"Kau nak apa? Straight to the point. Dia tak ada pun sekarang ni," kata Darwish. Dia tahu ada yang lelaki itu mahu bertanya tentang Laura

Terhenti kunyahan Aaisy. "Betul ni kau nak jawab kalau aku tanya?"

"Ya, apa yang kau nak tahu?" Malas sebenarnya dia mahu melayan mamat tiga suku seorang ni. Tapi nanti dia juga yang tak tenang hidup diganggu Aaisy.

Terus ditelan habis epal didalam mulutnya. Bangun dari duduk, dia meluru ke arah Darwish sebelum dia duduk diatas katil pesakit dengan muka penuh pengharapan. Risau Darwish dibuatnya. Dah kenapa dia ni?

"Kau..." aduh, macam mana nak cakap ni?

"Kau... dengan Laura..."

Terjungkit kening Darwish. Dia ni bukanlah penyabar sangat orangnya nak tunggu orang tergagap-gagap bercakap.

"Kau... dengan Laura..."

Muka bosan ditayang. "Sejak bila gagap?"

Aaisy menggaru kepala memikirkan cara untuk bertanya. "Kau.... Laura.. ada... tu ke?"

"Tu apa?"

"Alaa tu lah!"

"Tu lah apa?" Bukan dia tak faham tapi memang sengaja.

"Ish! Kau dengan Laura ada apa-apa ke?" Susahlah Darwish ni itu pun tak faham.

"Itu pun susah. Kalau ada pun kenapa?" soal Darwish.

"Apa hubungan kau dengan dia?" soal Aaisy semula.

"Apa-apa yang kau fikir sekarang," jawab Darwish senada.

Terdiam Aaisy. Jadi betullah. Keluhan nipis dilepaskan. Entah kenapa, dia tak mampu nak sembunyikan riak kecewanya. Tapi kenapa dia kecewa? Sepatutnya dia dah jangka jawapan itu sejak kejadian di hospital tempoh hari.

Dia mengangguk kecil. "Okey. Thanks. Aku balik dulu," Aaisy bangun untuk berlalu dengan perasaan kecewa. Tak pernah dia rasa sekecewa ini bila melibatkan seorang perempuan.

"Dia macam adik aku,"

Terhenti langkah Aaisy serta-merta. Dia menoleh semula ke arah Darwish dengan riak tak percaya.

"Aku kata, aku dengan dia tak lebih dari abang dengan adik," kata Darwish lagi untuk meyakinkan lelaki dihadapannya ini yang dia tak salah dengar.

"Serious? Confirm? Betul ke?" bertalu-talu Aaisy bertanya.

"Serious. Confirm. Betul." Satu-persatu Darwish ulang. 

"Tapi..."

"Tapi?"

"Aku terus-terang, aku tak nak kau dekat dengan dia," kata Darwish serius.

"Sebab?" tanya Aaisy hairan.

"Kau tak akan mampu terima dia. So, awal-awal aku pesan jangan bagi dia harapan. Aku tak nak tengok dia kecewa," jawab Darwish.

"Bukan sebab kau ada hati dekat dia?" duga Aaisy.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now