EPILOG

7.8K 302 53
                                    

TIGA TAHUN KEMUDIAN

AAQIF menghela nafas berat, seberat-beratnya. Buntu sudah dia dengan ulah satu-satunya anak daranya ini. Mereka kira, menjaga anak lelaki akan lebih mencabar kerana mereka lasak dan buas. Tapi Aayris memecah stigma itu.

Sedari tadi dia dan Aayris bertelagah gara-gara dia tidak membenarkan Aayris untuk memakai baju kostum lembu yang baru mereka beli minggu lepas. Bukan mahu menghalang, tapi sekarang bukan masa yang sesuai.

Kini, Aayris sedang bermasam muka dengannya. Dengan tangan menyilang dada dan muncung yang panjang sedepa. Jelingan dari sepasang mata dark hazel itu fuhhh! Menusuk ke kalbu. Ikut perangai siapalah ni.

"Little angel, sinilah. Daddy pakaikan baju meh. Cantik kut baju ni. Nanti mummy dah siap, tengok Aayris tak siap lagi. Nanti mummy marah macam mana?" Buat kesekian kalinya, dia cuba memujuk anak daranya yang seorang itu.

"Nanak! Daddy tak shayang Ayish!" Kaki dihentak-hentak tanda protes.

Aaqif memicit pelipis dahinya. Sudahlah pelat, ada hati nak hentak-hentak kaki. Berbuih mulutnya membetulkan sebutan nama Aayris, tetaplah yang keluarnya Ayish. Elok-elok nama perempuan jadi nama lelaki.

"Bila pula daddy tak sayang Aayris? Mustahil lah daddy tak sayang anak daddy yang cantik lagikan comel ni. Betul tak?" Aayris memang pantang dipuji, jadi itu sahajalah taktik yang mampu Aaqif fikirkan sekarang.

Badan Aayris mula meliuk-lentok mendengar pujian daddynya tapi cuba dikawal sebaik mungkin saat dia tersedar yang dia perlu merajuk. Amboi, gediknyalah.

"Nak akai aju tu jugak!" bentak Aaayris garang.

"Tak boleh pakai baju tu, little angel. Kita bukan nak pergi berjalan. Nanti mummy marah, daddy tak tahu."

"Nak jugak! Nak!!" nyaring suara Aayris memprotes.

Keluhan berat dilepaskan buat entah kali ke berapa. Aaqif bangun dari sofa dibilik tidur Aayris dan Aayrel kemudian menuju ke walk-in closet mereka. Wardrobe milik Aayris dihampiri. Baju kostum lembu dikeluarkan dan dia kembali menghampiri Aayris.

"Fine, daddy pakaikan ni. Kalau mummy marah, jangan libatkan daddy eh," Aaqif memberi amaran.

Aayris mengangguk laju bersama senyuman. Bersinar-sinar matanya memandang baju lembu ditangan Aaqif. Betul ke faham tu?










MEMBUNTANG luas mata Alisya tatkala menuruni tangga, ada sosok anak kecil memakai baju lembu sedang tertonggeng-tonggeng mengutip mainan dilantai menyapa pandangan.

"Ya Allah, anak lembu mana sesat ni? Aaqif Danial! Aayris Daniesya!"

Dari tertonggeng, langsung terjelopok Aayris menyembam wajah ke karpet gebu dek terkejut dengan teriakan Alisya.

"Huwaaaaaa!!"

Aaqif yang sedang membantu Aayser Daryan, anak bongsu mereka yang berumur satu tahun untuk membasuh tangan di sinki dapur sudah menayang wajah pasrah saat mendengar jeritan isterinya, disambut pula dengan tangisan nyaring Aayris. Perempuan dalam rumah ni dua orang je, tapi dah macam lima orang.

"Matilah daddy, Aayser," kata Aaqif penuh pasrah.

Aayrel yang sedang bermain dengan kereta kawalan jauh langsung menghampiri adik kembarnya saat mendengar tangisan kuat itu. Dia membantu Aayris untuk bangun. Dahi Aayris yang sudah memerah diusap-usap lembut. Sesekali ditiup dengan harapan akan mengurangkan kesakitan.

Tak lama kemudian, Aaqif keluar dari dapur bersama Aayser dalam dukungan.

"Sayang..."

"Abang, Nia dah cakap kan siapkan Aayris. Bukan bagi dia pakai baju macam tu!" marah Alisya.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now