BAB 8

6.6K 302 6
                                    

MENDONGAK kepalanya memandang bangunan tinggi pencakar langit dihadapan. Tak sangka lelaki itu sudah berjaya mencapai cita-citanya untuk membina empayar sendiri dalam dunia perniagaan dan membuka sebuah syarikat pengeluaran kereta sendiri. Cita-cita yang pernah dikongsikan padanya. Dalam diam, Alisya mengagumi lelaki yang pernah bertakhta dihatinya dulu, mungkin sehingga kini. Terasa kerdil dirinya berbanding lelaki itu.

Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus panjang. Tenang, Alisya. Langkah dibawa melepasi pintu utama lobi syarikat itu dan dia menuju kearah kaunter dihadapan untuk bertanya.

"Hi, morning," sapa Alisya mesra pada penyambut tetamu itu.

"Morning, miss. May I help you?" balas seorang pekerja wanita, sopan.

"Boleh saya jumpa dengan Encik Aaqif Danial?"

"Miss ada buat appointment ke?"

"Tak ada, tapi saya ada urgent matter nak jumpa dia,"

"Sorry, miss. Tapi Tuan Aaqif tak benarkan sesiapa jumpa dia tanpa appointment," terang pekerja itu.

Mengendur wajah Alisya, hampa. Dia perlu berjumpa dengan lelaki itu, dia mahukan penjelasan. Alisya membuang keluhan kecewa.

"Tak apalah, kalau macam tu,"

Belum sempat dia berpaling untuk beredar, mengeras tubuhnya apabila ada suara garau betul-betul dibelakangnya menyapa gegendang telinga.

"Jom, masuk ofis aku sayang," kata suara itu lalu dengan selamba dia berjalan menuju kearah lif yang dikhaskan untuk VIP.

Bulat mata Alisya mendengar panggilan yang dilemparkan padanya. Teragak-agak dia mengangkat wajah memandang pekerja dihadapannya tadi. Melihatkan mata wanita itu turut membulat, sah dia dengar!

Terpejam mata Alisya. Malunya!

Lambat-lambat Alisya menghampiri tubuh tegap yang masih berdiri dihadapan lif. Sampai saja disisi, tangan kekar itu naik menekan butang lif.

Kaki dijingkit sedikit sebelum dia berbisik keras ditelinga Aaqif. "Kenapa cakap macam tu depan staf kau?"

Aaqif sembunyi senyum. Badan disendengkan sedikit ke sisi supaya bibirnya menyamai ketinggian Alisya yang hanya separas bahunya dan dia berbisik semula.

"Cakap macam mana, sayang?"

Memicing mata light hazel Alisya, geram dengan sikap selamba lelaki itu. Baru dia membuka mulut untuk membalas, pintu lif sudah terbuka. Aaqif masuk dahulu ke dalam lif, namun melihatkan Alisya yang kaku diluar, tangannya naik menahan pintu dari tertutup.

"Kenapa tak masuk? Kata nak jumpa aku?"

Alisya menggigit bibirnya lembut.

"Next time lah," baru dia mahu berpaling, lengannya ditarik sehingga dia terdorong masuk ke dalam lif sebelum pintu lif itu tertutup dan bergerak naik.

"Aku tahu banyak benda bermain dalam kepala otak kau yang kecil tu. Anything you wanna know, just ask me later," kata Aaqif mendatar.

"Kau macam tahu je yang aku nak datang?" soal Alisya curiga.

"Haah, sebab aku yang plan," selamba saja nadanya.

Alisya menjeling tajam. Dah agak dah.

Ting!

Lif tiba ditingkat 22. Kagum Alisya melihat reka bentuk dalaman aras itu yang kelihatan sangat eksklusif. Semasa dilobi tadi pun dia sudah terpesona. Apa lagi selepas masuk ke ruangan pejabat. Aaqif tersenyum kecil melihat reaksi gadis itu.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now