BAB 2

7.5K 322 9
                                    

KELAM kelibut Nadia membuka pintu kereta SUV hitam yang sengaja diparkir jauh dari set penggambaran bersama sebotol air mineral ditangan. Alisya yang tersandar lemah ditempat duduk belakang menyapa pandangannya. Buru-buru dia membuka penutup botol mineral itu dan disua pada sahabatnya.

"Nah, air. Makan ubat cepat, Sya," kata Nadia cemas. Berbakul juga makian pada dirinya kerana terlupa untuk membawa air mineral bersama hari ini. Kebiasaannya memang akan dia sediakan sebotol air mineral untuk Alisya sebagai persediaan jika gadis itu mengalami sesak nafas tiba-tiba.

Lemah saja tingkah Alisya saat ini. Wajahnya dibasahi peluh dan mula berubah pucat. Nafas yang tidak teratur sedaya upaya ditenangkan semula.

Sebiji ubat ditangan disuap kedalam mulut dan disalurkan air untuk menelan. Berkerut-kerut segala otot wajahnya cuba menelan ubat itu. Walau sudah bertahun-tahun dia hidup bergantung dengan ubat, masih tak mampu membiasakan dirinya dengan rasa ubat. Pahitnya tetap terasa walau ditelan!

"Sya, kau okey tak ni?" risau Nadia melihat sahabatnya itu. Tangannya naik mengelap peluh didahi Alisya.

"Okey dah ni sikit," Alisya melempar senyuman yang jelas hambar. Paha si sahabat ditepuk lembut, memberitahu yang dia baik-baik saja. Dia tahu betapa risaunya Nadia sekarang. Walau fenomena ini sangat normal dan sering juga terjadi, Nadia tetap cemas.

"Kita baliklah eh, kau rehat. Kejap, aku pergi bagitahu director," Nadia yang baru membuka pintu kereta untuk keluar pantas ditahan Alisya.

"Tak payahlah, Nad. Aku okey, serius. Lagipun kesian semua orang. Tak akan sebabkan aku, dia orang nak postpone shooting ni," kata Alisya.

"Masalahnya, kau tak larat ni. Director mesti fahamlah. Kita balik eh?" pujuk Nadia.

"Larat. Aku larat. Kan dah makan ubat tadi. Jom keluar," kata Alisya sambil tersenyum memandang Nadia. Dia faham kerisauan Nadia tapi dia tak mahu menyusahkan orang lain.

"Kau ni degil tau. Karang dah nazak cari aku juga," marah Nadia, tapi tetap juga tangannya memegang lengan Alisya supaya selamat turun dari kereta.

Alisya hanya menayang sengih busuknya. Langsung tak ambil hati dengan kata-kata si sahabat. Nasib juga sakitnya kali ini tak lama. Mereka berjalan beriringan menuju ke lokasi penggambaran tadi.

"Habis, aku nak cari siapa? Director?" usik Alisya.

"Diamlah," malas Nadia mahu melayan. Geramnya tak habis lagi.

Meletus tawa kecil Alisya. Lagi sakan dia mahu menyakat. "Nanti kalau aku mati, tolong kafankan aku tau,"

"Diam, bingai."

Pecah tawa kuat Alisya. Pantas Nadia menekup mulut Alisya supaya berhenti ketawa. Orang sekeliling mereka mula memandang hairan.

"Senyaplah, mak cik. Karang orang ingat kau dah gila pula. Tadi macam nak mati, sekarang gelak macam orang gila," sakit pula hatinya melihat sikap sambil lewa Alisya. Dia risau separuh mati, boleh pula minah ni gelak. Apa yang kelakar entah.

Lagi galak Alisya ketawa. Entah kenapa, kata-kata Nadia sangat menghiburkan hatinya. Dia suka melihat sahabatnya itu marah. Macam mak-mak sangat.

"Alice, you dah okey ke?" tegur Encik Safuan, selaku pengarah disitu.

"I'm fine, thank you. Sorry, menyusahkan you all. Jom, kita continue?" balas Alisya sambil mengukir senyum manisnya sehingga menampakkan lengkungan lesung pipit dipipi kanannya.









"DANIA ALISYA BINTI MOHAMAD ALIAS,"

Sebuah fail kuning dihulur Aaisy dari belakang. Fail yang tertera segala maklumat tentang Dania Alisya yang diminta Aaqif siang tadi. Aaqif mula menyelak setiap helaian kertas didalam fail itu.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now