BAB 26

5.9K 221 14
                                    

AAQIF mengerling sekilas ke arah si isteri yang sedang ralit menyuap llao llao di tempat duduk penumpang. Mereka dalam perjalanan pulang ke Mansion Dato' Aashraf selepas Alisya dibenarkan untuk keluar.

"Tak apa ke sayang makan aiskrim tengah-tengah period ni?" tanya Aaqif pada isterinya yang khusyuk betul dengan llao llao ditangan.

Ya, malam tadi boleh pula Alisya bocor. Dah satu hal pula nak kena cuci cadar putih hospital tu. Gigih juga Aaqif keluar mencari tuala wanita untuk isterinya pagi-pagi buta. Patutlah emosi bukan main isterinya semalam sampai tersedu-sedan menangis serupa kena dera. Dah tu, lepas dapat llao llao kegemaran, dia boleh tayang muka tak bersalah dah kotorkan cadar hospital? Kecil je Aaqif tengok isterinya itu.

"Tak apa je. Nia selalu bedal je makan apa-apa pun sebab Nia tak senggugut pun kalau period," jawab Alisya sambil menyuap lagi semulut aiskrim ditangan.

Aaqif mengangguk kecil. Tangan memusing stereng untuk memasuki kawasan perumahan elit itu. "Sorry, sayang. Abang terpaksa masuk ofis dah. Ada projek baru masuk abang kena attend juga meeting tu. Kita postpone kejap ya honeymoon kita?" kata Aaqif serba salah.

Dia baru terima panggilan tentang kemasukan projek baru dari pembantu peribadinya, Sofia. Sebab itu juga mereka putuskan untuk duduk di rumah Dato' Aashraf sementara rumah yang dibeli Aaqif untuk mereka duduk itu siap.

"It's okay. Nanti-nanti pun tak apa. Lagipun dalam bilik pun boleh honeymoon..." gumam Alisya dihujung ayat. Tangan masih ralit menyuap llao llao kedalam mulut.

Aaqif tersenyum senget. Hint ke tu? "Macam dah ada planning je, baby?" tanya Aaqif sengaja mengusik.

Laju Alisya menoleh ke sebelah. "Hah? Abang cakap apa?"

Aaqif sembunyi senyum. Buat-buat tak dengar pula. "Abang cakap, kita duduk rumah daddy dulu sementara tunggu rumah kita siap okey?"

Alisya menghela nafas lega. Nasib baik tak dengar. "Ohh ha okey. Tapi bukan abang ada penthouse?"

"Haah tapi abang jarang dah balik sana sebab jauh sikit dari ofis. Rumah kita dengan rumah daddy dekat sikit."

"Habis tu kalau abang tak balik rumah daddy, abang tidur mana?"

"Tidur ofis. Kalau banyak sangat projek, abang malas nak balik rumah. So abang tidur ofis," balas Aaqif. Bugatti Divo hitam milik Aaqif masuk ke perkarangan Mansion Dato' Aashraf. Usai memarkir kereta digaraj, enjin dimatikan, seatbelt isterinya dibuka. Tunak matanya memandang si isteri.

"Abang ada katil ke dalam ofis?" tanya Alisya lagi ingin tahu. Dihulur suapan terakhir llao llao pada suaminya. Aaqif hanya membuka mulut.

"Bukan setakat katil, I have a whole house in my office," jawab Aaqif bersahaja. Tangan naik mengelap tepi bibir isterinya yang comot dan dikucup sekilas pucuk hidung Alisya. 

"Jom, turun. Abang dah nampak penyibuk on the way."

"Kak longgggg" laung Aanisa dari laman rumah berlari anak menuju ke arah mereka. Itulah penyibuknya. Tersenyum Alisya menyambut adik iparnya. Terus digamit lengan Alisya untuk masuk ke dalam rumah meninggalkan Aaqif.

"Oi, dik. Jangan nak bawa lari isteri along!" kata Aaqif yang sedang mengeluarkan bagasi Alisya.

"Kak long, lari cepat!!" Entah kenapa, Alisya ikutkan juga adik iparnya berlari masuk ke dalam rumah. Boleh tahan jauh juga pintu rumah dengan garaj kereta.

Sampai saja didepan pintu rumah, termengah-mengah Alisya cuba mencari nafas. Tangannya dibawa mencekak pinggang mencuri semula oksigen yang hilang. 

"Kenapa kita lari, Lia?"

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now