BAB 41

5.6K 226 6
                                    

TERTOLEH-TOLEH kepala Imran ke belakang cuba memastikan kelibat yang semakin menghampiri. Berkerut dahinya saat dia mengecam gerangan yang mendekat. Apa pula lelaki itu buat disini?

"Tak pernah nampak aku ke?" soal suara garau itu.

"Eh, tuan? Bukan tuan dekat ofis?" tanya Imran hairan. Dia sedang berdiri diluar studio sambil memerhati Alisya dari jauh.

"Aku rasa tak tenanglah biar dia seorang-seorang. Lagipun aku kena tengok dengan mata kepala aku sendiri perangai sebenar seorang betina," jawab Aaqif bersahaja.

Tidaklah Imran faham apa maksud tuannya tapi diangguk juga mengiyakan. Aaqif hanya memerhati apabila sosok Melisa datang menghampiri isterinya.

"Kau dah makan ke?" sambil bertanya sambil dia membuka satu paket kecil Mamee dan dimasukkan ke dalam mulut. Matanya setia dilorotkan memandang ke arah isterinya.

"Mana sempat nak makan, tuan. Puan keluar tadi pun awal pagi. Tak nak hulur ke?" soal Imran merujuk pada Mamee yang dipegang Aaqif.

"Kejap," Paket Mamee ditangan dibawa ke mulut dan dikemam. Kedua belah tangan menyeluk masuk poket seluar slacknya sebelum dikeluarkan dua lagi paket Mamee yang berlainan perisa.

"Kau nak yang mana?" Lucu Imran melihat sisi tuannya yang satu ni. Dia memandang dua perisa di tangan Aaqif. 

"Saya nak yang pedaslah."

Aaqif menghulur paket itu pada Imran dan dimasukkan semula lagi satu paket ke dalam poket seluarnya. Mamee yang tergantung di mulut dilepaskan ke tangan dan dia sambung mengunyah.

"Terima kasih, tuan," Dibuka bungkusan itu, dipatah-patahkan keropok Mamee itu sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Pertama kali dia makan keropok begini. Sedap pula. Bungkusan itu dibelek-belek dan disimpan kemas corak, warna dan bentuknya dalam ingatan. Nanti gaji boleh beli.

"Mak kau sihat?" tanya Aaqif.

Imran senyum sebelum mengangguk. "Alhamdulillah, sihat tuan. Duit tuan bagi pun lebih dari cukup," jawab Imran.

"Kalau tak cukup, bagitahu. Jangan buat benda bodoh," balas Aaqif mendatar. Imran hanya senyum nipis. Tuannya itu nampak saja macam tak ada perasaan. Tapi dia dan orang sekeliling sahaja tahu sisi sebenar seorang Aaqif Danial.

Seketika, Aaqif tersenyum senget. Hairan Imran melihat. Dah kenapa senyum sorang-sorang?

"Tuan okey?"

"Hot sial bini aku," gumam Aaqif namun sempat didengari Imran. Pandangan dialih pada puannya yang tampak seperti sedang berperang mulut.

"Tuan nak biarkan je ke?" soal Imran. Biasanya tuannya itu overprotective. Kenapa dibiarkan isterinya bergaduh dengan orang?

"Kau pernah tengok drama live?" tanya Aaqif tiba-tiba.

Imran hanya menggeleng. Dihulur bungkusan Mamee yang sudah kosong kepada Imran sebelum dia meluru ke arah isterinya dan ditarik Alisya ke dalam dakapan, menghalang isterinya dari ditampar Melisa.

Pegun Imran melihat adegan itu. "Fuhh, cool gila tuan aku," gumam Imran mengagumi tuannya sambil mengunyah Mamee.

PINTU bilik tidur mereka dibuka dari luar. Aaqif melihat isterinya sedang duduk diatas katil bermain telefon. Didekati isterinya perlahan-lahan. Tanpa amaran, dia melabuh kepala diatas riba Alisya.

Alisya hanya buat selamba, sambung melayari media sosial tanpa memandang si suami tapi tangan automatik naik mengelus rambut Aaqif.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now