BAB 64

5K 217 9
                                    

SELEPAS bersiap, Aaqif melangkah ke arah lif untuk turun ke tingkat bawah. Niatnya untuk keluar awal kerana banyak perkara perlu dia selesaikan. Dia perlu bersihkan semula namanya, maruah keluarganya dan juga maruah isterinya.

Tiba di aras satu, Aaqif terus menuju ke pintu utama untuk keluar sebelum suara Datin Danisa menyapa. "Qif..." perlahan saja suara itu memanggil namun cukup jelas di halwa telinga Aaqif.

Toleh kepala, Aaqif senyum segaris memandang mummynya. "Ya, mummy?"

"Qif nak keluar dah ke? Tak nak sarapan dulu?" tanya Datin Danisa.

Serba-salah Aaqif mahu menolak ajakan Datin Danisa, risau mummynya berkecil hati. Tapi seleranya memang dah lama mati sejak kebelakangan ini.

Tepukan dibahu dari belakang menyentak Aaqif. "Uii sedapnya bau, mummy masak nasi lemak eh? Jom makan, aku lapar," kata Aaisy yang baru turun seraya mengorak langkah menuju ke arah dapur.

Melihatkan wajah Datin Danisa yang penuh dengan pengharapan, akhirnya Aaqif menurut juga dan membawa langkah ke dapur.

Di meja makan, Dato' Aashraf dan Aanisa sudah menunggu untuk makan bersama. Aaqif melabuh duduk bertentangan dengan Dato' Aashraf. Wajah itu masih tegang di pandangan Aaqif.

"Qif nak makan apa? Mummy ada masak bihun goreng yang Qif suka juga. Kalau nak mummy sendukkan," kata Datin Danisa lembut.

Aaqif mengerling sekilas ke arah Dato' Aashraf. "Err, tak apa. Qif ambil sendiri," Aaqif menyenduk bihun goreng dihadapannya ke dalam pinggan. Kalau dah mummynya masakkan bihun goreng untuknya, tak mungkinlah dia menolak untuk menjamah.

Matanya meliar mencari telur goreng dan sambal. Kebiasaannya, dia makan bihun goreng bersama telur goreng dan sambal yang disediakan Datin Danisa. Namun, melihatkan keduanya berada jauh darinya, dia hanya mendiamkan diri. Jika tiada sengketa antara mereka, tidaklah dia kekok untuk meminta itu ini. Tapi selepas malam tadi, suasana rumah itu terasa sangat asing padanya.

Tanpa kata, ada telur goreng yang diletakkan didalam pinggannya. Panggung kepala, Aaqif memandang Dato' Aashraf yang sedang menyudu sedikit sambal sebelum diletakkan juga didalam pinggan anaknya.

Sedikit sebanyak terusik hati Aaqif. Daddynya tak ubah seperti adik kembarnya, tak pandai dalam menzahirkan perasaan melalui kata-kata tapi perbuatan itu cukup membuatkan Aaqif faham.

"Thank you, daddy," kata Aaqif perlahan sambil mengukir senyuman nipis. Dato' Aashraf hanya berlagak biasa dan memulakan suapan.

Tersenyum lega Datin Danisa, Aaisy dan Aanisa melihat dua beranak itu.

Seketika, suara Dato' Ashraf memecah kesunyian sarapan mereka.

"Alisya dekat mana sekarang?" soal Dato' Aashraf. Nadanya cukup berbeza dengan malam tadi, lebih tenang.

"Rumah papa. Dia nak balik rumah papa," jawab Aaqif.

"Kamu boleh selesaikan ke dengan shareholder company? Atau nak daddy tolong?" aju Dato' Ashraf.

Sejak skandal Aaqif dan Melisa tersebar luas, banyak syarikat yang bekerjasama dengan AD AutoElite mula menarik diri dengan alasan tidak mahu nama baik mereka terpalit sama dengan kekecohan yang berlaku. Pelanggan-pelanggan tetap juga sedikit demi sedikit mula membatalkan kontrak mereka menyebabkan kerugian yang dialami oleh syarikat Aaqif mencecah nilai yang sangat besar.

"Qif yang buat masalah, biar Qif yang selesaikan. Don't worry," balas Aaqif tenang. Dia tahu niat daddynya baik, tapi biarlah dia yang tanggung semuanya sendiri. Tidak mahu disebabkan dia, syarikat daddynya turut terkena tempias.











AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now