BAB 66

5.4K 233 13
                                    

DUA MALAM mereka berkampung di basement, cuba menjejaki keberadaan Darwish selepas mendapat video dari nombor yang tidak dikenali. Apabila Hafiy cuba mengesan nombor itu, seperti yang dapat dijangka mereka, nombor itu sudah tidak wujud, namun mereka yakin Kylo dalang disebalik semua itu.

Sehingga mentari terbenam kemudian terbenam lagi, Hafiy dan Irfan masih berusaha untuk menjejak Darwish.

"Aku tak faham, kenapa dia target Darwish? Bagi aku, it's too random," kata Hayder memecah keheningan suasana mereka.

Aaisy mengangguk bersetuju. Serangan itu terlalu rambang kerana Darwish tiada kaitan dengan dendam Kylo pada Aaqif. Lama mereka cuba mencerna atas alasan apa Kylo dan orang suruhannya menyerang Darwish. Perkara itu sama-sekali berada diluar kotak fikiran mereka.

Aaqif hanya duduk diam sambil termenung kosong. Fikirannya berselirat dengan pelbagai kemungkinan. Ralit dia berfikir apa yang dirancang lelaki itu disebalik serangan hendap ke atas adik iparnya.

"Location detected," suara Hafiy menarik Aaqif kembali ke realiti. Berbekalkan lokasi terakhir motosikal milik Darwish, akhirnya dia menemui keberadaan Darwish didalam sebuah hutan yang terletak dalam skala radius yang jauh dari basement.

"Kita kena gerak," kata Aaisy apabila Aaqif masih dalam dunianya. Abang kembarnya kelihatan seperti berat hati untuk pergi.

Panggung kepala, Aaqif memandang adik kembarnya itu. "Korang standby dulu boleh tak? Aku... aku nak jumpa Alisya kejap," kata Aaqif.

Aaisy yang faham akan maksud abangnya hanya menganggukkan kepala. "Weapons check," arah Aaisy ringkas dan mereka semua bersurai untuk membuat persiapan terakhir ke atas senjata-senjata yang akan digunakan sepanjang keberadaan mereka disana.

Bahu Aaqif ditepuk lembut. "Pergi, nak gerak nanti aku roger," kata Aaisy sambil menghulur alat komunikasi mereka.

Huluran itu disambut Aaqif dan dia bergerak meninggalkan basement untuk ke rumah mentuanya.














ALISYA duduk diatas sebuah bangku dilaman rumah sambil menikmati buah strawberi yang dibeli Aaqif tempoh hari. Entah kenapa, hatinya berbunga ketika menyuap masuk buah itu kedalam mulut. Ketawa kecil Alisya saat teringat akan kejadian sebelum mereka berkahwin. Strawberi expired.

Tak dinafikan, dia semakin tenang sekarang. Hati yang berbelah-bahagi kini beransur-ansur tenteram dan dia sudah mampu untuk berfikir dengan lebih baik.

"Lebar sangat senyum tu, puan. Tak takut mulut terkoyak ke," tegur Imran bergurau seraya melabuh duduk diatas sebuah lagi bangku dilaman itu. Untung cuaca tak panas, kalau tidak mahu dia dileteri tuannya jika lelaki itu tahu dia membiarkan isteri kesayangan berada ditengah panas.

Lega melihat isteri majikannya sudah kembali seperti sediakala. Walau dia tahu akan kekecohan yang berlaku, dia yakin tuannya tak bersalah. Lelaki itu tak akan tergamak mengkhianati isterinya.

Alisya hanya senyum memandang Imran. Bekas strawberi ditangan dihulur pada Imran. "Nak? Sedap tau, tak masam," kata Alisya.

Imran menyambut saja huluran itu.

"Im, saya tanya boleh?" tanya Alisya.

"Tanyalah puan," balas Imran ringkas. Sebiji strawberi ditangan dibawa masuk ke dalam mulut.

"Macam mana awak kenal dengan Aaqif?" soal Alisya ingin tahu. Tak pernah dia ambil tahu dimana dan bagaimana suaminya mengambil Imran sebagai pengawal peribadinya.

"Hmm... saya kenal tuan dekat lorong," balas Imran bersahaja.

Terhenti kunyahan strawberi Alisya, gamam dengan sebaris ayat lelaki itu. Terkerdip-kerdip mata bulatnya memandang seraut wajah yang sangat tenang dan bersahaja itu.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now