BAB 20

7.7K 255 10
                                    

TEPAT jam 5:30 pagi, Alisya terjaga dari tidurnya. Tubuh dipusing menghadap Aaqif yang masih lena sambil memeluknya.

Tangannya naik mengelus juntaian rambut Aaqif. Siapa sangka, akhirnya mereka tetap disatukan selepas apa yang terjadi. Tak pernah terlintas difikirannya lelaki ini akan kembali menagih cintanya semula.

Jujur, dia mula jatuh cinta semula pada lelaki ini dalam tempoh pertunangan mereka. Bukan dia tak nampak bagaimana Aaqif begitu menjaganya. Tapi trauma lama menyebabkan dia takut untuk membalas cinta si suami. Tapi tidak juga dia mampu menolak kerana sungguh, dia rindu belaian lelaki ini.

"Good morning, little bunny," sapa suara serak itu.

Tersenyum Alisya saat Aaqif mengeratkan lagi pelukan mereka sambil melabuhkan kucupan lembut didahinya walaupun mata masih tertutup rapat.

"Good morning, abang. Jom bangun?"

"Pukul berapa sayang?"

"5:30 dah, kejap lagi nak subuh," jawab Alisya lembut.

"10 minutes, baby. Abang mengantuk layan sayang berborak semalam," gumam Aaqif masih dalam alam tidurnya.

Jatuh kasihan pula Alisya melihat wajah letih suaminya. Tapi bukan dia borak apa sangat pun, sikit je.

"Bukan panjang pun kita borak. Tak sampai pukul 2 abang dah tertidur."

"Tak panjang apanya sayang. Sayang cakap nak tanya satu je, habis satu sayang tam... lagi.... tu... hmm..."

Berkerut dahi Alisya. Apa dia cakap ni Raju? Kepala didongak mencari wajah suaminya. Lah, tidur. Macam ni lah situasi malam tadi. Sedang mereka berborak, tiba-tiba senyap. Rupanya Aaqif dah selamat ke alam mimpi.

Tersenyum kecil Alisya. Kasihan suaminya, nampak mengantuk sangat tu. Pelukan dikemaskan, akhirnya Alisya turut terlena.

Terasa sekejap saja Alisya lelap, dia sudah disapa suara garau suaminya.

"Sayang, bangun baby. Kita dah lewat nak subuh," kejut Aaqif. Fikirnya isterinya akan mengejutkan dia semula selepas 10 minit, alih-alih dengan Alisya sekali tidur.

"Hmmm abang..." rengek Alisya sambil menggeliat kecil sebelum dia kembali menyelesakan diri memeluk bantal peluk.

"Bangun, baby dah pukul 6:30. Nanti terlajak," Aaqif menepuk perlahan tubuh isterinya namun Alisya hanya kaku tak berkutik.

"Jangan sampai abang selam sayang dalam bathtub," ugut Aaqif tegas.

"Berani ke?" tanya Alisya dengan mata tertutup.

Aaqif terus mencempung tubuh isterinya menuju ke bilik air. Diletakkan Alisya dibawah shower dan dibuka pili air.

"Abang!!!" Kelam-kabut Alisya bangun dari duduk dek kesejukan. Habis lencun bajunya.

"Eee dia ni kan!!!" Tangan naik memukul dada Aaqif.

"Itulah, menjawab lagi cakap suami. Cepat, sayang. Kalau terlepas subuh ni, abang cium sayang sampai subuh esok," gertak Aaqif dengan suara yang sengaja digarangkan.

"Basah dah ni baju Nia..." kata Alisya mencebik.

"Ya, tunggu sini abang ambil baju bersih. Cuci muka dulu, ambil wuduk siap-siap," Aaqif berlalu keluar untuk mengambil pakaian bersih isterinya.

Alisya hanya akur dan berlalu ke sinki untuk mencuci muka. Nak marah, tapi kena sabar.










SELEPAS solat subuh, mereka kembali berehat diatas katil. Penat majlis semalam masih terasa, dengan tak cukup tidurnya.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now