BAB 43

4.8K 224 13
                                    

CELIK saja mata, menggagau tangannya meraba ruang disebelah. Mencari sosok yang menjadi penemannya setiap malam.

Kosong.

Semalaman dia menunggu suaminya pulang, entah bila dia terlena pun dia tak sedar. Namun, ternyata suaminya tidak pulang.

Birai mata mula terasa membahang. Tidak pernah dia celik mata tanpa suaminya disisi. Tangan mencapai iPhone disisi katil. Kontak nama suaminya dicari dan dia membuat panggilan untuk kesekian kalinya.

"Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat―"

Alisya melepaskan keluhan berat. Dia tahu dia salah. Dia tahu suaminya kecewa. Dia tahu betapa kata-katanya mengguris hati Aaqif. Dia tahu semua itu. Dia kesal kerana membiarkan dirinya dikuasai marah dan ego sehingga diabaikan perasaan suaminya sendiri, sehingga dia meninggi suara dengan suaminya.

Alisya bangkit menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia perlu cari suaminya.

Selesai membersihkan diri, Alisya turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke dapur sebelum dia menangkap meja yang penuh dengan makanan.

Suaminya pulang?

Meliar dia mencari. "Abang?"

Sunyi sepi. Langsung tiada jejak yang ditinggalkan. Dapur juga kelihatan bersih bagai tidak disentuh langsung.

Segera Alisya keluar dari banglo mereka sebelum dia terserempak dengan Imran yang jelas muram wajahnya.

"Puan nak ke mana?" tanya Imran mendatar.

"Saya nak cari suami saya," kata Alisya sambil menyarung kasut.

Imran hanya diam tak berganjak.

Alisya menoleh apabila merasakan Imran tidak mengikutinya seperti selalu.

"Im? Cepatlah."

"Untuk apa? Bukan ke orang macam tuan tak layak jadi suami?" soal Imran. Ya, dia dengar pertelingkahan mereka malam tadi kerana balkoni bilik tidur mereka tidak bertutup. Sempat dikejar tuannya, namun Aaqif menghalang dia dari mengikutinya.

"Aku hire kau untuk jaga dia. So tolong jaga dia."

"Im, saya―"

"Saya tahu saya bukan siapa-siapa untuk masuk campur rumahtangga tuan dengan puan. Tapi saya anggap tuan lebih dari seorang majikan. Dia dah macam abang saya. Saya tak tahu apa sebab tuan buat macam tu, tapi apa yang saya tahu, dia buat semuanya bersebab. Dan sebab utama, dia terlalu sayangkan puan," kata Imran sebelum diseka kasar air mata yang hampir menitis.

"Maaf, kalau puan rasa saya biadap. Puan nak ke mana? Saya hantarkan," dia terus melangkah melintasi Alisya. Dibuka pintu tempat duduk penumpang.

"Saya minta maaf buat abang awak terluka. Saya janji saya akan betulkan semua ni."

Imran hanya diam tak menjawab.












TERHENTI langkah Aaisy yang baru tiba di pejabatnya apabila sosok Alisya menyapa kornea. Terus hilang moodnya seharian.

"Perempuan ni buat apa dekat sini?" soal Aaisy dingin pada Hafiy yang sememangnya didalam pejabat itu. Terbantut niat mereka yang berjumpa untuk berbincang tentang Aaqif apabila Alisya tiba-tiba datang ke pejabat.

Aaisy bergerak ke meja kerjanya tanpa memandang si kakak ipar. Bibir digigit lembut, Alisya bangun dari duduk dan menghampiri Aaisy.

"Aaisy, aku nak jumpa Aaqif. Kau mesti tahu dia dekat mana kan? Dia mesti bagitahu kau dia dekat mana kan?" tanya Alisya bersama satu harapan adik kembar suaminya itu akan memberitahu keberadaan suaminya.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now