BAB 60

4.9K 191 25
                                    

SANGKA Alisya mereka sudah baik-baik saja. Namun sangkaannya meleset seratus peratus apabila Aaqif masih membina tembok antara mereka. Langsung tak membenarkan dia mendekat. Kebajikan dan keperluannya sentiasa dijaga tapi ada sesuatu yang terabai. Hati dan perasaannya sebagai seorang isteri.

Alisya merenung ruang kosong disebelahnya. Seperti tiga malam yang sebelumnya, Aaqif masih tidak tidur dikatil yang sama.

Tak mampu Alisya nafikan lagi, dia mula rasa lelah. Kelakuan Aaqif perlahan-lahan membunuh jiwanya.

Alisya bangkit dari pembaringan untuk mencari Aaqif di bilik kerjanya.

Daun pintu dikuak perlahan. Suaminya sedang bersujud diatas sejadah, lama. Alisya masuk tanpa sebarang bunyi dan duduk diatas sebuah kerusi dibelakang Aaqif. Gerak-geri Aaqif diperhatikan. Dia tahu ada yang disembunyikan Aaqif dari pengetahuannya tapi kenapa lelaki itu enggan berterus-terang?

Selesai memberi salam, Aaqif hanya termenung kosong. Matanya merah. Fikirannya kosong. Rasa berdosanya makin menghimpit. Namun, sedikit sebanyak hatinya yang sedang resah beransur-ansur tenang selepas puas mengadu pada Sang Pencipta.

Tersentak dia dari lamunan apabila ada sesuatu yang melabuh diatas ribanya. Tunduk pandangan, kepala Alisya berada dipangkuan menyembam wajah diperutnya. Tangan kecil itu melingkar kemas dipinggangnya.

"Sayang, jangan baring macam ni. Sakit badan nanti," kata Aaqif. Dia mahu mengangkat isterinya namun Alisya berkeras tak mahu bangun.

"Abang solat apa?" soal Alisya.

"Tahajud," jawab Aaqif sepatah.

"Abang doa apa dalam sujud abang?" tanya Alisya lagi.

"Untuk kita," balas Aaqif.

Seketika, suasana hening. Alisya bangun dari pembaringan dan duduk bersimpuh menghadap Aaqif. Bening matanya sudah mula membahang.

Tangan kekar itu dicapai dan digenggam lembut. Tunak matanya memandang wajah bersih si suami.

"Nia rindu abang...," luah Alisya perlahan.

"Abang dekat sini, sayang," balas Aaqif lembut. Terasa sangat lama mereka tidak berbalas pandangan begini.

Alisya mengangguk kecil. "You're in front of me yet I can't even reach you. You seem so far."

Kelu lidah Aaqif. Dia cukup faham akan maksud isterinya. Mereka dekat, tapi jauh. Semuanya kerana dia yang mengelak, dia yang menjauh. Bukan kerana tak cinta, jauh sekali kerana tak sayang, tapi rasa berdosa yang ditanggung menghalang dia untuk mendekati isterinya. Dia sendiri rasa jijik dengan dirinya. Apatah lagi isterinya jika wanita itu tahu akan kebenaran.

"Nia rasa Allah tengah uji Nia dengan sesuatu yang paling Nia takut untuk kehilangan," kata Alisya menahan perih yang mencengkam dada.

"Kalau Nia ada buat salah dengan abang atau dah sakitkan hati abang, Nia minta maaf. Nia betul-betul tak sengaja. Tapi... andai dalam hati abang dah tak ada nama Nia, tolong bagitahu Nia, abang," sambung Alisya separa merayu.

"Sayang tak ada salah dengan abang. Dan nama sayang tak pernah hilang dari hati abang dari awal sampai sekarang dan insya-Allah sampai bila-bila," balas Aaqif menahan sayu.

"I know you're hiding something from me. Demi Allah, Nia tak nak tuduh, Nia nak dengar sendiri dari mulut abang, Nia tak nak ulang silap Nia lagi tapi abang...," air mata yang menderu keluar membasahi pipi dibiarkan tanpa diseka.

Tangan kekar Aaqif naik mengusap lembut pipi basah itu. Hatinya bagai dihiris-hiris melihat air mata itu. Isterinya menangis kerana dia, sedangkan dia pernah berjanji untuk membahagiakan, malah dia yang menyakiti.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now