BAB 9

7.4K 300 17
                                    

ALISYA menyandarkan kepala pada tempat duduk kereta buat melepaskan lelah selepas selesai penggambaran untuk pelancaran alat solek terbaru sebuah jenama terkenal di Malaysia.

"So, kau dah jumpa jawapan belum?" tanya Nadia. Penutup botol mineral dibuka dan dihulurkan pada sahabatnya itu.

"Entahlah, Nad. Aku confuse," balas Alisya acuh tak acuh. Air mineral diteguk menghilangkan dahaga.

"Waktu kau jumpa dia balik, dia nampak macam mana? Dia serius ke atau kau boleh rasa dia bergurau?"

Nadia baru mendapat tahu tentang pertemuan semula Alisya dan bekas kekasihnya, Aaqif. Marahnya bukan kepalang kerana dia sangat membencikan lelaki itu. Disebabkan lelaki itulah, kawan baiknya ini terlalu banyak menderita sehingga despresi.

Namun, jauh disudut hatinya, dia tahu Alisya masih mengharapkan lelaki itu. Segala kisah Aaqif dan Alisya disimpan rapi oleh Nadia sejak zaman universiti mereka lagi. Dia boleh lihat perbezaan ketara Alisya sebelum dan semasa berkawan dengan Aaqif. Jelas sahabatnya itu bahagia ketika bersama lelaki itu.

Alisya termangu seketika memikirkan jawapan kepada soalan Nadia.

"Serius.... kut?" bahunya dijungkit selamba.

"Kut? Kau ni main-mainlah," marah Nadia. Bantal kecil di tempat duduk penumpang dibaling kearah Alisya ditempat duduk belakang.

"Nantilah aku fikir, aku lapar dah ni. Jom balik, malam karang aku nak pergi tengok Darwish," balas Alisya ala kadar. Matanya dipejam, mahu berehat sekejap.

Nadia menjatuhkan brek tangan dan kereta SUV Alisya mula meluncur membelah jalan raya. "Jodoh tak datang bergolek, Sya. Bukan aku tak tahu kau masih ada hati dengan si Aaqif tu,"

"Kalau boleh aku memang tak nak jodoh aku datang bergolek, aku prefer dia berjalan," jawab Alisya bersahaja.

"Tak kelakar. Aku tinggal kau tepi jalan ni karang bergolek kau balik rumah," menderam suara Nadia memberi amaran.

Pecah tawa Alisya mendengar bebelan sahabatnya itu.









TING! TING! TING!

Bunyi notifikasi dari iPhone miliknya mencelikkan mata Alisya. Selepas pulang dihantar Nadia, dia terus naik ke bilik tidurnya untuk berehat. Entah apa yang penat sangat hari ni. Makan pun tak sempat lagi.

'Sya' ― Hariz Arsyad
'Dah makan belum?' ― Hariz Arsyad
'Teman aku makan jom? My treat' ― Hariz Arsyad

WhatsApp dari Hariz dibaca. Setelah ditimbang tara, tak ada masalah pun kalau dia join Hariz makan malam. Dia pun lapar juga.

'Okay. Send location' ― Dania Alisya

'8pm aku ambil kau dekat rumah. See you later!' ― Hariz Arsyad

Orang minta location je. Tak apalah, dah orang offer kan jangan ditolak. Mata mengerling ke arah jam di iPhonenya. Alamak, dah pukul 6:30 petang, dia belum Asar lagi. Bingkas Alisya bangun untuk membersihkan diri dan solat Asar.

Selepas solat Maghrib, Alisya bersiap ala kadar untuk keluar makan malam bersama Hariz. Ala Hariz je, tak payah nak melaram sangatlah. Bedak compact ditepek nipis bersama pelembab bibir berwarna sekadar untuk menaikkan seri muka. Dia mengenakan sweatshirt putih dan jeans biru, sangat simple tapi cukup menyerlahkan kecantikannya. Rambut panjangnya dibiarkan lepas. Minyak wangi Yves Saint Laurent Black Opium disembur sehingga semerbak satu bilik tidurnya. Perempuan kan.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now