BAB 47

5.5K 213 10
                                    

AWAL pagi lagi Alisya sudah bangun menyiapkan sarapan buat Aaqif. iPad milik Aaqif dibawa ke dapur dan dia buka aplikasi Youtube untuk mencari resipi membuat mi goreng.

Terkial-kial Alisya cuba mengikut langkah-langkah yang diajar di Youtube tapi digigihkan juga untuk siapkan sementara Aaqif tidur kerana alahannya datang lagi waktu subuh tadi.

Hampir dua jam juga dia berperang berseorangan di dapur dan akhirnya hasil masakannya ada juga rupa-rupa mi goreng. Bibir mengukir senyuman puas. Harap-harap suaminya suka.

Selesai menghidang, dia berlari anak menuju ke tingkat atas. Buka pintu bilik, dilihat suaminya sedang bersiap untuk ke pejabat.

Figura suaminya yang sedang membutang kemeja dihampiri dan laju tangannya mengambil alih tugas Aaqif. Kemeja kuning cair suaminya dibutang satu-persatu. Kemudian, dimasukkan baju ke dalam seluar dan dipakaikan tali pinggang.

Aaqif hanya membiarkan isterinya menyiapkan dia. Tak mampu dia menahan tangannya dari menjalar di tubuh Alisya lebih-lebih lagi bila isterinya hanya membiarkan.

Lebar senyuman Alisya selepas selesai menyiapkan Aaqif. "Handsomenya suami Nia ni," puji Alisya bersama senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Laju kucupan mendarat dilesung pipit Alisya. "Cantiknya isteri abang ni, pakai baju kelawar pun cantik," usik Aaqif. Dipaut pinggang isterinya rapat sebelum dilabuhkan kucupan hangat didahi licin Alisya.

Loket emas yang elok terletak di leher jinjang isterinya dipegang. "It suits you well. Cantik sangat sayang pakai. Jangan buka tau, apa jadi sekalipun," pesan Aaqif.

Alisya mengangguk sekali. "Mestilah cantik, abang yang belikan. Sampai mati pun Nia tak akan buka."

"Salah, cantik sebab tuannya cantik," kata Aaqif sambil mengelus pipi gebu isterinya. Makin hari makin jatuh cinta dia pada si isteri.

Suka Alisya dimanjakan begitu. "Abang pun pakai selalu tau jam ni," kata Alisya sebelum dipakaikan jam tangan pemberiannya pada suaminya.

"Of course, this is my most precious stuff now. Pandai sayang pilih."

Alisya menayang sengihan. "Abang, Nia ada masak sarapan! Jom makan?"

"Sayang masak? Serius?" tanya Aaqif tak percaya.

Kepala diangguk berkali-kali. "Tapi kalau tak sedap bagitahu tau. Nia tengok Youtube je tadi," jujur Alisya.

"Tak apa, sayang. I'll appreciate every single thing you do even your smallest effort. Thank you, baby masakkan untuk abang. Jom turun, abang tak sabar nak rasa." Lebih teruja Aaqif dari Alisya. Ditarik tangan isterinya untuk turun ke dapur.

Bangga juga dia melihat usaha isterinya. Siap ada decoration telur dadar yang dihiris membentuk love. Comel betul.

"Comel sangat mi goreng ni sayang, tak sampai hati pula abang nak makan," Sempat dikeluarkan iPhone dari poket seluar dan diambil beberapa keping gambar tanda dia menghargai isterinya. Kena show-off dekat mummy ni.

"Ala makanlah. Nia nak abang rate. Nia cuba buat sesedap abang punya hari tu tapi tak tahulah apa kejadiannya. Cepat duduk."

Aaqif turutkan saja kehendak isterinya. Mi goreng disenduk ke dalam pinggan. Usai membaca doa, satu suap masuk ke dalam mulut Aaqif.

Berdebar Alisya menanti komen suaminya namun Aaqif hanya diam tak bereaksi. Dia sambung lagi suapan kedua, menjadi suapan ketiga sehingga habis mi goreng didalam pinggannya.

Cemberut wajah Alisya apabila suaminya hanya diam makan, tak cakap apa-apa.

"Apa abang ni? Nia suruh rate, kenapa abang diam?"

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now