BAB 32

5.9K 230 30
                                    

ALISYA yang sedang elok berbaring diatas sofa sambil menonton drama Korea di televisyen di ruang tamu Mansion itu tersentak apabila dia mendengar bunyi barang terjatuh di dapur. Dari posisi baring, tegak dia duduk diatas sofa. Tangan yang memegang keropok Twisties terkaku di udara belum sempat disuap ke dalam mulut.

Bunyi apa tu? Mana ada orang dekat rumah ni. Semua orang belum balik.

Seketika tiada lagi bunyi itu. Alisya cuba tenangkan diri. Mata kembali tertancap pada kaca televisyen.

Tiba-tiba bunyi itu semakin mendekat.

Cit.
Cit.
Cit.

Makin dekat dan makin dekat sehingga terasa ada sesuatu yang melintasi kaki Alisya. Laju ditarik kedua belah kakinya naik ke atas sofa. Dengan tubuh yang masih mengeras, perlahan-lahan Alisya tunduk memandang lantai.

Mata bertentang mata.

"Cit."

"Assalamualaikum," serentak Alisya panggung kepala. Suara Aaqif!

"Aaaargghhhhh abangggg!!!" Laju dia melompat dari sofa dan berlari mendapatkan suaminya di muka pintu sebelum dipanjat tubuh Aaqif untuk naik setinggi yang mungkin.

"Ya Allah sayang, jatuh nanti," Hampir terjatuh ke belakang Aaqif dibuatnya. Tangan kekar itu terus menahan belakang tubuh Alisya dari terjatuh.

"Ab― abang... abang tu... tuu bu― bunuh di― diaa..." dipanjat lagi tubuh tinggi Aaqif. Tangan memeluk kuat leher suaminya. Nak tercekik Aaqif rasa.

"Bunuh siapa sayang? Kenapa ni?" tanya Aaqif bingung. Sudahlah dia tak nampak apa-apa kerana ditekup habis mukanya oleh dada si isteri. Besar dugaan hari ini untuk imannya yang sememangnya senipis kulit bawang ni.

Alisya menoleh untuk mencari kelibat yang mengganggu ketenteraman hidupnya.

"Cit," Bunyi itu datang dari arah bawah kaki Aaqif.

"Aarghhh tu abang please Nia sanggup buat apa je untuk abang tolonglah bunuh dia Nia tak suka tikus!!" laju mulutnya bercakap serupa machine gun.

Aaqif sembunyi senyum. Menjadi juga rancangannya.

"Biarlah sayang, dia pun nak hidup," kata Aaqif bersahaja. Dikeluarkan wajahnya dari celahan tubuh Alisya. Tak cukup oksigen. Nasib baik wangi isterinya itu.

"No! Hidup mengganggu ketenteraman orang buat apa! Abang please Nia tak suka, Nia benci, Nia geli dengan tikus..." hampir menangis Alisya sekarang.

Aaqif mengambil kesempatan itu untuk memeluk isterinya sepuas hati. Seharian tak dipeluk rasa tak tenang langsung.

"Abang dengar tak Nia cakap ni!" Naik hantu Alisya bila suaminya seakan tak terkesan dengan ketakutan isteri sendiri.

"Dengar, baby. Tapi macam mana abang nak ambil dia kalau sayang melekat dekat abang dah macam koala ni?"

"Ala... abang turunlah perlahan-lahan. Jangan lepaskan Nia!"

"Abang dapat apa kalau abang buang dia?" tanya Aaqif lagi sengaja mahu menyakat si isteri.

"Abang ni selalu buat kerja tak ikhlas ke memanjang nak some― aaarhhhh dia datang! Dia datang abanggg!!" Makin dipanjat tubuh suaminya apabila tikus itu mula mengelilingi Aaqif.

"Ya Allah, sayang. Sakit abang, baby," nak marah tapi dia juga yang punya rancangan.

"Sorry... tapi Nia serius ni, Nia tak suka tikus... abang tolonglah..." bergetar iris light hazel itu menakung air memandang si suami. Aaqif yang melihat air mata isterinya sudah bertakung mula rasa bersalah. Alamak, takut betul dah tu.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now