BAB 63

5.4K 227 22
                                    

SEPANJANG perjalanan ke Villa Dato' Fareez, Alisya mahupun Aaqif masing-masing membisu, hanyut dalam dunia sendiri. Aaqif mengerling sekilas ke tempat duduk penumpang memandang sisi wajah isterinya yang sedang melempar pandangan ke arah jalan raya. Mampukah dia untuk menjalani kehidupan tanpa isterinya disisi selepas ini?

Kereta diberhentikan dihadapan Villa mewah itu. Kelihatan Dato' Fareez dan Datin Melina sudah menanti kedatangan mereka dilaman rumah. Tanpa berlengah, Alisya keluar dari perut kereta dan mendapatkan mama dan papanya. Datin Melina memeluk erat tubuh anaknya dengan air mata yang tidak berhenti mengalir sejak petang tadi.

Mereka suami isteri baru menerima berita gambar yang tular di media sosial itu dari kenalan terdekat. Alangkah terkejutnya mereka, tidak percaya menantu yang disayangi seperti anak sendiri tergamak memperlakukan anak mereka sebegitu rupa.

Tapi selepas mendapat panggilan dari Aaqif yang mereka dalam perjalanan ke rumah, baru mereka yakin, yang khabar angin itu bukan sekadar khabar angin.

Aaqif menghampiri ibu bapa mentuanya bersama bagasi dan barang-barang keperluan Alisya. Tangan dihulur untuk menyantuni ibu mentuanya namun...

Pangg!

Berdesing telinga Aaqif menerima tamparan kuat dari Datin Melina. Terasa pijar pipinya, namun dia langsung tidak menyalahkan ibu mentuanya itu. Memang dia layak dipukul. Betapa dia harap isterinya yang menamparnya seperti ini tapi wanita itu langsung tidak berkasar dengannya membuatkan dia semakin dihimpit rasa berdosa.

Aaqif panggung kepala mencari wajah isterinya namun Alisya langsung tidak menoleh padanya.

"Mama serahkan anak mama bukan untuk Qif pijak maruah dia macam ni! Kenapa kahwin dengan dia kalau nak khianat dia sampai macam ni?!" tempik Datin Melina kuat. Tangannya memukul kuat dada bidang menantunya. Sedikit pun Aaqif tidak mengelak, dia hanya membiarkan ibu mentuanya melampiaskan amarah padanya. Pandangan dark hazel itu kekal terpasak pada wajah isterinya.

"Lina, sudah," Dato' Fareez cuba menghentikan isterinya, namun pukulan itu semakin menjadi-jadi.

"Apa salah dia? Apa yang kurang dekat Alisya sampai Qif sanggup buat dia macam ni?!" naik turun nafas Datin Melina menahan marah. Kecewanya tak mampu diungkap dengan kata-kata lagi.

"Alisya tak ada kurang sikit pun, semua salah Qif. Qif minta maaf, mama..." tiada apa lagi yang mampu dia ucapkan selain kata maaf.

"Maaf?!" makin berang Datin Melina mendengar kata maaf itu. Sekali lagi tangannya naik mahu menampar wajah dihadapannya itu sebelum ditahan oleh tangan kecil Alisya.

"Ma, Sya okey," Alisya cuba memujuk mamanya. Tak pernah dia lihat mamanya mengamuk begitu. Lengan Datin Melina diusap lembut bersama senyuman tipis yang jelas hambar.

"Jangan pukul abang macam tu, dia baru balik. Dia belum rehat lagi, Ma. Papa, bawa mama masuk dulu boleh? Kejap lagi Sya masuk," kata Alisya lembut.

Dato' Fareez hanya menurut. Langsung dipanggil pembantu rumah mereka untuk membawa masuk barang-barang Alisya. "Sudah, Lina. Bagi dia orang berbincang. Kita masuk," Dato' Fareez membawa isterinya masuk ke dalam untuk menenangkan wanita itu.

Alisya kembali menoleh pada wajah suaminya. Entah bila lagi dia dapat menatap wajah itu selepas ini. Pipi yang mula memerah akibat ditampar mamanya diusap lembut. Aaqif hanya memandang isterinya redup.

"Nia minta maaf bagi pihak mama, dia tak sengaja. Terima kasih hantar Nia. Hati-hati ba―"

Belum sempat Alisya menghabiskan kata, tubuh kecilnya ditarik Aaqif kedalam dakapan sehingga tiada ruang antara mereka. Hanya perut yang membulat itu menjadi penghalang mereka.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now